Jack Wilshere bakal sertai Serie A?

Juventus hubungi ejen Jack Wilshere. Kredit Foto : Puma

Jika sebelum ini Juventus dikatakan mahu mendapatkan pemain tengah Arsenal iaitu Aaron Ramsey, namun kali ini gosip perpindahan pemain Arsenal ke Juventus bertukar dengan dikaitkan dengan Jack Wilshere pula.



Menurut laporan daripada media Itali (TMW), Juventus semakin hampir menandatangani Jack Wilshere selepas mendakwa kelab Itali itu telah menghubungi wakil pemain tersebut.

Dengan kontrak Wilshere bakal berakhir pada penghujung bulan ini dan rundingan diantara Jack Wilshere bersama Arsenal juga masih lagi belum menemui kata putus, Juventus dilaporkan mahu mengambil kesempatan itu bagi mendapatkan Wilshere secara percuma.

Selain Wilshere, Juventus turut dikatakan bakal mendapatkan seorang lagi pemain tengah secara percuma iaitu Emre Can daripada Liverpool.

Laporan itu turut mendakwa Juventus telah menyatakan dengan jelas bahawa mereka bersedia untuk menawarkan kontrak selama empat tahun kepada Wilshere dan pemain itu bakal memperolehi € 4.5juta (£3.95 juta) setahun (semusim) bersama juara Serie A itu (kira-kira 329k seminggu).

Pada mulanya penulis merasakan ianya tidak masuk akal untuk Juventus menawarkan gaji begitu tinggi kepada Wilshere, namun apabila melihat kepada rekod gaji pemain-pemain Juventus sebagaimana laporan Total Sportek, ianya dilihat tidak menjadi masalah buat kelab itu memandangkan rata-rata gaji pemain Juventus adalah seperti berikut:

Juventus Player Wages & Contracts 2017-18 (Confirmed)
PLAYER AGE YEARLYSALARY CONTRACT LEFT
Gianluigi Buffon 39 €4 million Last Year (2018)
Wojciech Szczesny 27 €2.6 million 3 Years (2021)
Carlo Pinsoglio 27 Last Year (2018)
Benedikt Höwedes 29 €3 Million 1 Year Loan Deal (2018)
Daniele Rugani 23 €1.8 million 3 Years (2021)
Medhi Benatia 30 €2.2 million 2 Year (2020)
Giorgio Chiellini 33 €3.5 million Last Year (2018)
Andrea Barzagli 36 €2.8 million Last Year (2018)
Alex Sandro 26 €2.8 million 2 Year (2020)
Mattia De Sciglio 25 €3.2 Million 4 Years (2022)
Stephan Lichtsteiner 33 €2 million Last Year (2018)
Miralem Pjanic 27 €5.5 Million 3 Years (2021)
Blaise Matuidi 30 €5 Million 2 Year (2020)
Sami Khedira 30 €4 million 1 Year (2019)
Claudio Marchisio 31 €3.5 million 2 Year (2020)
Kwadwo Asamoah 28 €1.6 million Last Year (2018)
Stefano Sturaro 24 €2.5 million 3 Years (2021)
Rodrigo Bentancur 20 4 Years (2022)
Douglas Costa 27 €3m 1 Year Loan Deal (2018)
Marko Pjaca 22 €1.2 million 3 Years (2021)
F.Bernardeschi (new signing) 23 €3 million 4 Years (2022)
Juan Cuadrado (Permanent deal) 29 €3.2 million 2 Year (2020)
Paulo Dybala (new deal) 24 €5.5 million 4 Years (2022)
Gonzalo Higuaín 30 €7.7 million 3 Years (2021)
Mario Mandzukic 31 €3.5 million 2 Year (2020)

Dengan hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi sebelum kontrak Wilshere berakhir (bersama Arsenal), situasi ini jelas kelihatan tidak begitu baik untuk Arsenal jika mahu mengekalkan Wilshere.

Dan jika Juventus berjaya membawa dua pemain itu (Can dan Wilshere) secara percuma, sudah pasti ianya satu langkah bijak Juventus dalam melakukan urusan perpindahan (berbelanja dan menggunakan kewangan mereka) pada jendela perpindahan nanti.

Cuma persoalan yang timbul, mampukah Wilshere menyesuaikan diri dalam saingan Serie A?

Post a Comment

Previous Post Next Post