Pengumuman kehadiran Sokratis Papastathopoulos ke Arsenal

Pengumuman kehadiran Sokratis Papastathopoulos ke Arsenal. Kredit foto : Express

Dari minggu ke minggu kita disajikan dengan berita perpindahan pemain pertahanan Borussia Dortmund, Sokratis Papastathopoulos ke Arsenal, namun sehingga kini masih tiada lagi pengumuman rasmi dilakukan.

Selepas dikatakan beliau (Sokratis Papastathopoulos) telah pun bersetuju dengan terma dan syarat perjanjian dalam kontrak bersama Arsenal, beliau dilaporkan hanya perlu dan menantikan keputusan perubatan (ujian kesihatan) sebelum diumumkan sebagai pemain Arsenal.

Kini, lima hari berlalu selepas berita terakhir yang mengatakan beliau sudah pun berada di London bagi menjalani ujian kesihatan, pengumuman masih belum kita ketahui mengenai apakah cerita dan keputusan perpindahan ini.

Kronologi berita mengenai Sokratis Papastathopoulos ke Arsenal

Sehingga kini, kita masih tertanya-tanya berita perpindahan beliau walaupun terdapat laporan mengesahkan dimana beliau telah pun menerima tawaran Arsenal dan bakal menyertai skuad The Gunners musim depan dengan nilai perpindahan berjumlah £16 juta.

Malahan ayah beliau turut mengesahkan berita tersebut namun semenjak itu masih tiada lagi pengumuman rasmi dibuat oleh kelab.

Jika sebelum ini peminat-peminat mengandaikan bahawa Arsenal akan memaklumkan ataupun membuat pengumuman pada 9 Jun 2018 kerana tarikh tersebut merupakan tarikh istimewa buat Sokratis Papastathopoulos (tarikh lahir), namun sekali lagi ianya menemui kehampaan.

Apabila setakat ini (10 Jun) ianya masih lagi sama (tiada pengumuman dilakukan).

Sabtu, 9 Jun juga tiada pengumuman dibuat oleh pihak Arsenal. Kredit foto : Express
Jadi ke tak jadi ni...?

Post a Comment

Previous Post Next Post