Sudah lumrah skuad bola sepak England sering kali menjadi tumpuan media, bahkan media tempatan juga memberikan liputan besar-besaran pada skuad England sehinggakan memberi tekanan dan rasa kurang selesa pada setiap pemain. 



Untuk edisi terbaru Piala Dunia yang akan berlangsung menjelang hari raya Aidilfitri kelak, FIFA telah menggariskan beberapa peraturan baru buat pengadil perlawanan untuk dalam menghasilkan keputusan secara retrospektif bagi penggunaan  Video Assistant Referee (VAR).

Kegusaran Gareth Southgate mengenai peraturan ini dan berharap pemain dapat memahaminya.

Pengurus England, Gareth Southgate bersetuju berkenan peraturan ini dilihat sebagai menangani kesilapan jelas dan nyata. Gambar oleh John Patrick Fletcher/Action Plus via Getty Images

Para pemain akan diberikan penekanan khusus bagi memahami lebih tajam mengenai peraturan ini, agar meraka benar-benar bersedia menghadapi perlawanan Piala Dunia kali ini.

Namun menurut Southgate lagi, beliau tetap gusar jika pemain tidak dapat memahami peraturan ini lebih mendalam.

Dalam pertemuan ini, beliau memberi penerangan dan gambaran VAR kepada pemain. Dalam perlawanan itu nanti, pegawai perlawanan boleh memberitahu kepada pengadil tentang beberapa insiden yang terlepas pandang walaupun ia telah berlaku beberapa minit yang lalu, dan ia boleh mempengaruhi pengadil dalam membuat keputusan samada layangan kad merah atau kuning kepada insiden terbabit. 

Malah pengadil mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan walaupun ia berlaku pada separuh masa pertama di situasi ketika separuh masa kedua akan bermula / atau sedang bermula.

“Not that we are looking to get away with anything, but if we thought we could that’s gone now,” Southgate said. “We have to be vigilant in all areas of the pitch".


Kami tidak 100% pasti akan peraturan ini sehinggakan kami mendapat taklimat lebih lengkap mengenainya, sesuatu yang berlaku pada 20 minit sebelum separuh masa dan kemudiannya akan dilaksanakan hukuman pada separuh masa kedua adalah kenyataan. Bagi kami, ia sesuatu yang harus diketahui oleh semua pemain kami, kata Gareth Southgate lagi.

Post a Comment

Previous Post Next Post