Lehmann pertahankan aksi Ozil di Kejohanan Piala Dunia

Lehmann pertahankan aksi Ozil di Kejohanan Piala Dunia 2018. Kredit foto : Metro

Jens Lehmann menjelaskan mengapa bintang Arsenal, Mesut Ozil gagal menyinar di Kejohanan Piala Dunia bersama pasukan kebangsaan Jerman.



Lehmann percaya kecederaan yang dialami Mesut Ozil musim lalu bersama Arsenal memainkan peranan besar dalam prestasi pemain tersebut untuk mempengaruhi kempen Jerman di Kejohanan Piala Dunia.

Jerman pada edisi kali ini mempamerkan aksi longlai dan agak mengecewakan dengan status selaku juara bertahan.

Mereka tersingkir daripada saingan kali ini dalam keadaan yang cukup memalukan selepas terkandas diperingkat kumpulan.

Selain tewas 2-0 kepada Korea Selatan pada aksi terakhir peringkat kumpulan, mereka juga menamatkan saingan dengan berada ditangga tercorot kumpulan

Kedudukan Kumpulan F
Pos Team P M S K J B +/- Mata
1 Sweden 3 2 0 1 5 2 +3 6
2 Mexico 3 2 0 1 3 4 −1 6
3 Korea Selatan 3 1 0 2 3 3 0 3
4 Germany 3 1 0 2 2 4 −2 3

Ozil digugurkan pada perlawanan kedua selepas Jerman mengalami kekalahan pada perlawanan pembukaan menentang Mexico, namun beliau kembali diturunkan selaku pemain utama Joachim Low bagi perlawanan terakhir peringkat kumpulan yang mana mereka memerlukan kemenangan menentang Korea Selatan.

Walaupun Ozil berjaya mencipta peluang terbaik buat Mats Hummels menjaringkan gol pada perlawanan menentang Korea Selatan itu, namun pemain berusia 29 tahun itu tetap dikritik oleh pengurusnya dan juga oleh pengamal media serta pengulas sukan.

Pada perlawanan tersebut Ozil telah mencipta tujuh peluang buat Jerman namun sayangnya tiada penyudah yang mampu disempurnakan oleh rakan sepasukan beliau.
Selain menerima kritikan daripada mereka seperti dikatakan tadi, peminat dan penyokong Jerman serta termasuklah sebilangan  peminat dan penyokong Arsenal turut mengkritik prestasi Ozil itu.

Mengikut data Whoscored, Ozil merupakan pemain yang menerima rating paling tinggi dikalangan pemain Jerman dan beliau juga berada didalam senarai Top 5 pemain yang menerima rating tertinggi daripada laman itu.

Rating pemain ketika Korea Selatan menentang Jerman daripada WhoScored.
Menurut Lehmann, beliau menjelaskan bahawa beliau tidak terkejut melihat Ozil mengalami kesukaran dan bergelut mempamerkan prestasi terbaik di Rusia.

"Sudah tentu saya melihat kritikan tersebut dari jarak yang sangat dekat tahun lepas," katanya kepada talkSPORT.

"Dan hasil terbaik yang anda mahukan pada Piala Dunia, ianya tidak akan hadir dalam dua atau tiga minggu sebelum Piala Dunia."

"Ia bermula pada permulaan musim, anda perlu mencari rentak terbaik anda pada pra-musim."

"Anda perlu banyak berlatih, anda perlu mengambil bahagian dan sayangnya Mesut telah terdedah kepada kecederaan acap kali."

"Saya ingat, tiga perlawanan terakhir untuk Arsenal dia tidak dapat bermain dan tidak dapat berlatih."

"Pada bulan Januari dan Februari di musim sejuk, dia tidak mempunyai banyak sesi latihan."

"Jika pemain menyertai kejohanan dalam keadaan seperti itu maka ia selalu menjadi satu kekurang dan kelemahan kecil."

Top 5 Rating Tertinggi pada perlawanan Korea Selatan menentang Jerman
Top 5 Possession Pemain Jerman


Post a Comment

Previous Post Next Post