Chelsea hampir pasti dapatkan bintang Rusia, Aleksandr Golovin

Chelsea hampir pasti dapatkan bintang Rusia, Aleksandr Golovin. Kredit foto: Goal
Pemain yang dikatakan menjadi sasaran Arsenal sebelum ini, Aleksandr Golovin dikatakan hampir pasti menjadi milik Chelsea.

Sandor Varga, ejen kepada bintang muda Rusia yang mencipta kejutan pada perlawanan pembukaan Piala Dunia 2018, mengatakan bahawa Arsenal merupakan kelab pertama yang mengesan dan berminat untuk mendapatkan khidmat Golovin (baca disini - klik).

Begitu juga pada 23 Jun lalu dimana Arsenal dan Emery dikatakan telah menghantar peninjau ataupun pencari bakat - 'scout' bagi memantau dan menilai aksi pemain CSKA Moscow itu pada Kejohanan Piala Dunia 2018 di Rusia.

Disebalik khabar angin yang mengatakan minat yang tinggi ditunjukkan Arsenal terhadap pemain muda Rusia ini, Chelsea pula dalam senyap-senyap dikatakan telah menghantar wakil untuk berunding bagi mendapatkan pemain tersebut.

Kelab Itali, Juventus yang sebelum ini dikatakan turut berminat untuk mendapatkan pemain ini, dilaporkan telah menarik diri daripada perebutan mendapatkan Golovin setelah tawaran yang dibuat mereka berjumlah £18 juta ditolak CSKA Moscow.

Dan ini memberi peluang kepada Chelsea untuk meneruskan usaha mereka mendapatkan Golovin yang dikatakan bernilai £25 juta.

Menurut Goal, Chelsea kini hampir pasti mendapatkan Golovin dengan laporan yang mengatakan kelab London itu sedia memenuhi tuntutan CSKA Moscow yang mahukan kira-kira £27 juta bagi mereka melepaskan pemain tersebut.

Walaupun Chelsea ketika ini masih gagal menyelesaikan isu mengenai pengendali mereka, namun menurut laporan Metro, mereka bakal melantik Maurizio Sarri dalam beberapa minggu lagi.

Namun mereka terlebih dahulu perlu memecat pengendali kelahiran Itali, Antonio Conte sebelum mengesahkan lantikan Sarri dan urusan ini dijangka bakal diselesaikan dalam minggu terdekat ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post