Punca mengapa urusan perpindahan Lucas Torreira tertangguh

Punca mengapa urusan perpindahan Lucas Torreira tertangguh. Lredit foto : Metro

Arsenal masih belum mencapai persetujuan untuk menandatangani Lucas Torreira dan menunggu sehingga selepas kempen Piala Dunia Uruguay berakhir, menurut laporan.

The Gunners dilaporkan mahu memperkukuhkan barisan tengah pasukan bagi menghadapi saingan musim depan dibawah pengendali baharu, Unai Emery dan dikatakan mahu mendapatkan pemain tengah Uruguay, Lucas Torreira.

Dan laporan dari Uruguay serta media UK termasuklah media Itali sebelum ini mendakwa Arsenal telah melengkapkan pun perjanjian perpindahan berjumlah £26 juta Torreira dari Sampdoria (baca disini).

Namun menurut BBC, Arsenal masih lagi belum memuktamadkan perjanjian tersebut dengan setakat ini dilaporkan masih gagal memperolehi persetujuan dengan kelab Serie A, Sampdoria dan juga bersama pemain tersebut yang turut dikatakan masih belum memuktamadkan terma dan syarat peribadi bersama Arsenal.

Laporan itu juga mendakwa Torreira dijangka menjalani ujian perubatan di pangkalan latihan Uruguay di Rusia namun Arsenal hanya akan membuat keputusan akhir selepas berakhirnya kempen Piala Dunia pemain tersebut bersama skuad kebangsaan beliau.

Sebelum ini, laporan mengatakan bahawa Arsenal telah menghantar wakil bagi menyelesaikan urusan perpindahan tersebut namun laporan terbaru BBC itu mendedahkan bahawa jika Arsenal gagal untuk menyelesaikan urusan perpindahan itu, mereka (Arsenal) kemungkinan bakal mengalih kepada sasaran baru.

Pun begitu laporan tersebut mengatakan bahawa Arsenal tetap berharap mampu menyelesaikan urusan perpindahan Torreira ini.

Awal minggu ini, Pengarah Sukan Sampdoria, Carlo Osti mengesahkan bahawa Torreira akan meninggalkan kelab tersebut pada musim panas ini, walaupun beliau enggan mengesahkan bahawa pemain berusia 22 tahun itu akan menyertai Arsenal.

Laporan Terdahulu:
  1. 30 Mei 2018 : Arsenal mulakan langkah pertama dapatkan Lucas Torreira.
  2. 13 Jun 2018Arsenal tandatangani pemain baru yang ketiga, Lucas Torreira.
  3. 14 Jun 2018 : Ejen pemain dan wakil Arsenal berlepas ke Rusia, lengkapkan proses perpindahan.
  4. 23 Jun 2018 : Lucas Torreira: Arsenal adalah salah satu kelab paling hebat di dunia.

Post a Comment

Previous Post Next Post