Liga Perdana Inggeris Musim 2018/19

Liga Perdana Inggeris Musim 2018/19

Musim 2018/19 akan dimulakan pada 11 Ogos 2018 (waktu dan tarikh UK) dengan tiga pasukan baru akan bersaing dalam kejohanan kali ini berdasarkan info daripada Premier League.



Tiga pasukan baru yang menyertai liga kali ini adalah Wolverhampton Wanderers (Juara EFL Championship), Cardiff City (Naib Juara EFL Championship) dan Fulham yang layak selepas memenangi perlawanan kelayakan dengan menewaskan Aston Villa 1-0 pada 26 Mei 2018.

Manakala tiga pasukan yang diturunkan liga (relegated to the EFL Championship) adalah Stoke City, West Bromwich Albion dan Swansea City.

Berikut adalah 20 pasukan yang bakal beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim depan.
# Pasukan Lokasi Stadium Kapasiti
1 Arsenal London (Holloway) Emirates Stadium 59,867
2 Bournemouth Bournemouth Vitality Stadium 11,360
3 Brighton & Hove Albion Brighton AMEX Stadium 30,666
4 Burnley Burnley Turf Moor 21,944
5 Cardiff City Cardiff Cardiff City Stadium 33,300
6 Chelsea London (Fulham) Stamford Bridge 41,631
7 Crystal Palace London (Selhurst) Selhurst Park 25,456
8 Everton Liverpool Goodison Park 39,572
9 Fulham London (Fulham) Craven Cottage 25,700
10 Huddersfield Town Huddersfield John Smith's Stadium 24,169
11 Leicester City Leicester King Power Stadium 32,312
12 Liverpool Liverpool Anfield 53,394
13 Manchester City Manchester, Greater Manchester Etihad Stadium 55,017
14 Manchester United Trafford, Greater Manchester Old Trafford 74,994
15 Newcastle United Newcastle upon Tyne St James' Park 52,354
16 Southampton Southampton St Mary's Stadium 32,384
17 Tottenham Hotspur London (Tottenham) Tottenham Hotspur Stadium 62,062
18 Watford Watford Vicarage Road 23,700
19 West Ham United London (Stratford) London Stadium 60,000
20 Wolverhampton Wanderers Wolverhampton Molineux Stadium 31,700

Daripada 20 pasukan yang bakal bersaing musim depan, enam pasukan diwakili oleh kawasan ataupun dari region  London (seperti jadual dibawah).

Kings Of London. Kredit foto : Daily Cannon
Dan berdasarkan kejayaan diperingkat domestik, tidak hairanlah kenapa Arsenal digelar Kings Of London apabila Arsenal muncul pasukan paling berjaya di London dengan 43 kejuraan domestik (secara keseluruhan).

Serta pencapaian Arsenal dalam menjuarai kejuaraan utama domestik iaitu Juara Liga Perdana dan Piala FA dilihat sukar ditandingi oleh mana-mana pasukan lain (daerah London) ketika ini (tidak termasuk Kejuaraan Invincible).

# Pasukan Juara Liga Piala FA Piala EFL Piala Perisai Komuniti Jumlah
1 Tottenham Hotspur 2 8 4 7 21
2 West Ham United - 3 - 1 4
3 Arsenal 13 13 2 15 43
4 Chelsea 6 8 5 4 23
5 Fulham - - - - 0
6 Crystal Palace - - - - 0
JUMLAH 21 32 11 27 91



Dan jika pencapaian menjuarai liga diukur mengikut kawasan (region), pasukan daripada North West England paling berjaya dengan tujuh pasukan daripada kawasan itu telah menyumbang kepada 59 kali sebagai Juara Liga Perdana Inggeris. 

Zon ataupun kawasan England, Kredit foto : City Metric

Region Jumlah Kejuaraan Liga Kelab-kelab
North West 59 Manchester United (20),
Liverpool (18),
Everton (9),
Manchester City (5)
Blackburn Rovers (3),
Burnley (2),
Preston North End (2)
London 21 Arsenal (13),
Chelsea (6),
Tottenham Hotspur (2)
Yorkshire 11 Sheffield Wednesday (4),
Huddersfield Town (3),
Leeds United (3),
Sheffield United (1)
West Midlands 11 Aston Villa (7),
Wolverhampton Wanderers (3),
West Bromwich Albion (1)
North East 10 Sunderland (6),
Newcastle United (4)
East Midlands 4 Derby County (2),
Leicester City (1),
Nottingham Forest (1)
South East 2 Portsmouth (2)
East of England 1 Ipswich Town (1)

Berbalik kepada pasukan yang akan bersaing dalam saingan liga musim depan, daripada 20 pasukan yang bertanding, pengurus pasukan kelahiran England dan Sepanyol masing-masing mendominasi liga musim depan dengan empat pengurus kelahiran ataupun warganegara daripada dua negara tersebut menjadi pengendali pasukan yang terlibat.

Manakala kapten pasukan (berdasarkan rekod musim lalu), pemain ataupun warganegara England masih menjadi pilihan utama apabila 12 pemain England dilantik menjadi ketua pasukan diikuti oleh pemain Perancis yang menjadi kapten untuk dua pasukan yang bertanding musim depan.

Pengurus dan Kapten pasukan (setakat ini) bagi musim 2018/19
Bil Pasukan Pengurus Warganegara Kapten Warganegara
1 Arsenal Unai Emery Sepanyol Laurent Koscielny Perancis
2 Bournemouth Eddie Howe England Simon Francis England
3 Brighton & Hove Albion Chris Hughton Ireland Bruno Sepanyol
4 Burnley Sean Dyche England Tom Heaton England
5 Cardiff City Neil Warnock England Sean Morrison England
6 Chelsea Antonio Conte Itali Gary Cahill England
7 Crystal Palace Roy Hodgson England Jason Puncheon England
8 Everton Marco Silva Portugal Phil Jagielka England
9 Fulham Slaviša Jokanović Serbia Tom Cairney Scotland
10 Huddersfield Town David Wagner Amerika Syarikat Tommy Smith England
11 Leicester City Claude Puel Perancis Wes Morgan Jamaica
12 Liverpool Jürgen Klopp Jerman Jordan Henderson England
13 Manchester City Pep Guardiola Sepanyol Vincent Kompany Belgium
14 Manchester United José Mourinho Portugal * *
15 Newcastle United Rafael Benítez Sepanyol Jamaal Lascelles England
16 Southampton Mark Hughes Wales Steven Davis Ireland Utara
17 Tottenham Hotspur Mauricio Pochettino Argentina Hugo Lloris Perancis
18 Watford Javi Gracia Sepanyol Troy Deeney England
19 West Ham United Manuel Pellegrini Chile Mark Noble England
20 Wolverhampton Wanderers Nuno Espírito Santo Portugal Danny Batth England

Untuk jersi pasukan, jenama keluaran Adidas menjadi penaja utama kepada enam pasukan yang bertanding apabila menaja enam pasukan mengatasi jenama Puma dan Nike yang hanya menaja empat pasukan sahaja dalam saingan liga musim depan.

Adidas menjadi penaja utama kepada 6 pasukan bersaing dalam EPL musim depan. Kredit foto : Sports Gazette

Bil Pasukan Jersi Sponsor Utama Jersi
1 Arsenal Puma Fly Emirates
2 Bournemouth Umbro M88
3 Brighton & Hove Albion Nike American Express
4 Burnley Puma Dafabet
5 Cardiff City Adidas Tourism Malaysia
6 Chelsea Nike Yokohama Tyres
7 Crystal Palace Puma ManBetX
8 Everton Umbro SportPesa
9 Fulham Adidas Grosvenor Casinos
10 Huddersfield Town Umbro OPE Sports
11 Leicester City Adidas King Power
12 Liverpool New Balance Standard Chartered
13 Manchester City Nike Etihad Airways
14 Manchester United Adidas Chevrolet
15 Newcastle United Puma Fun88
16 Southampton Under Armour Virgin Media
17 Tottenham Hotspur Nike AIA
18 Watford Adidas FxPro
19 West Ham United Umbro Betway
20 Wolverhampton Wanderers Adidas TBD

Dan akhir sekali adalah pengurus yang tidak lagi bersama pasukan dan juga pengurus baru yang bakal mengendalikan pasukan bertanding musim depan.

Pasukan Pengurus - keluar Punca Tarikh Akhir Pengurus - masuk Tarikh Lantikan
Arsenal Arsène Wenger Bersara 13 Mei 2018 Unai Emery 23 Mei 2018
Everton Sam Allardyce Dipecat 16 Mei 2018 Marco Silva 31 Mei 2018
West Ham United David Moyes Tamat kontrak 16 Mei 2018 Manuel Pellegrini 22 Mei 2018

Post a Comment

Previous Post Next Post