Skuad Termahal Piala Dunia 2018


Laman Football Observatory mendedahkan nilai pasaran pemain sebelum memasuki jendela perpindahan musim panas nanti (2018).



Dan mengikut nilai pasaran pemain pada ketika itu, laman tersebut telah menyenaraikan nilai keseluruhan pasukan kebangsaan yang menyertai Kejohanan Piala Dunia 2018 menurut nilai perpindahan setiap anggota skuad, berdasarkan anggaran (nilai) yang dibuat oleh CIES Football Observatory.

Perancis menghuni tangga pertama daripada senarai 32 negara yang terlibat pada kejohanan kali ini dengan nilai keseluruhan skuad Perancis bernilai €1.41 bilion, manakala England pula berada ditangga kedua dengan nilai keseluruhan skuad bernilai €1.39 bilion dan Brazil ditangga ketiga dengan €1.27 bilion.

Perancis merupakan skuad termahal pada kejohanan PIala Dunia 2018.
Kylian Mbappe (€187 juta) merupakan pemain termahal skuad Perancis yang mana nilai perpindahan beliau menyumbang 13% kepada nilai keseluruhan pasukan.

Manakala Harry Kane pula merupakan pemain termahal pada kejohanan kali ini dengan nilai perpindahan dianggarkan berjumlah €201 juta yang mana ianya menyumbang 15% kepada nilai keseluruhan skuad England.

Manakala Juara musim lalu, Jerman  hanya berada ditangga keenam daripada senarai keseluruhan pasukan mengikut nilai termahal dimana penjaga gol ketiga mereka, Marc-Andre ter Stegen merupakan pemain termahal dengan nilai anggaran perpindahan bernilai €101 juta.

Pemain Arab Saudi, Fahad Al Muwallad dan pemain Panama, Michael Murillo pula berkongsi nilai perpindahan yang paling rendah (murah) dengan hanya dianggarkan berjumlah €3 juta sahaja.

Penilaian yang dilakukan oleh laman Football Observatory ini merujuk kepada harga yang berpatutan untuk sesebuah kelab itu sebagai pembeli membayar dengan nilai yang tersebut bagi menandatangani pemain tersebut.

Juga mengikut prestasi pemain bolasepak itu sendiri dan kelab mereka yang diwakili oleh pemain terebut algoritma yang ditetapkan oleh laman itu.

Di samping itu, pembolehubah (faktor) lain seperti umur dan tempoh kontrak turut diambil kira.

Senarai lengkap adalah seperti berikut:


Post a Comment

Previous Post Next Post