Lucas Torreira: Arsenal adalah salah satu kelab paling hebat di dunia

Arsenal adalah salah satu kelab paling hebat di dunia menurut Torreira. Kredit foto : Metro

Lucas Torreira mengatakan Arsenal adalah salah satu kelab paling hebat di dunia, walaupun perpindahan beliau ke Emirates dari Sampdoria belum lagi dimuktamadkan.



Dipercayai bahawa perpindahan beliau itu hanya akan diumumkan selepas berakhirnya tugasan beliau bersama skuad kebangsaan Uruguay ataupun selepas berakhirnya Kejohanan Piala Dunia nanti.

Presiden Sampdoria, Massimo Ferrero mengesahkan bahawa kelab itu telah menerima tawaran berjumlah €30 juta (£26.4 juta) untuk pemain antarabangsa Uruguay itu, namun perjanjian itu terpaksa ditangguhkan kerana Torreira terlibat dalam kejohanan Piala Dunia.

Memetik laporan daripada Daily Mirror, pemain tersebut mengatakan:

"Ya, saya tahu Arsenal adalah pasukan yang bagus, salah satu yang terbesar di dunia tetapi sekarang saya memakai baju negara saya (mewakili Uruguay dikejohanan Piala Dunia) dan tumpuan saya adalah pasukan kebangsaan."

"Selepas kejohanan berakhir, semua akan menjadi lebih jelas tetapi saya tidak terlalu memikirkan hal itu buat masa kini."

"Sekarang, saya berasa sangat bagus dan sangat gembira kerana kemenangan itu (Uruguay menewaskan Arab Saudi). Saya gembira buat masa ini kerana pasukan (Uruguay) berada dilandasan terbaik di peringakat kumpulan untuk layak ke pusingan seterusnya. "

Uruguay berjaya melangkah ke pusingan ke-16 selepas memenangi dua perlawanan mereka diperingkat kumpulan dengan mengumpul enam mata dan menduduki tangga kedua kumpulan setakat ini.

Kedudukan terkini Kumpulan A - Piala Dunia 2018
Pos. Negara P M S K J B +/- Mata
1 Russia 2 2 0 0 8 1 +7 6
2 Uruguay 2 2 0 0 2 0 +2 6
3 Egypt 2 0 0 2 1 4 −3 0
4 Saudi Arabia 2 0 0 2 0 6 −6 0

Dengan kejayaan Uruguay layak ke peringkat seterusnya, ini bermakna Arsenal mungkin perlu menunggu lebih lama untuk mengumumkan kehadiran Torreira ke Emirates.

Sementara itu, penyerang England dan juga Arsenal, Danny Welbeck, berkata Jack Wilshere boleh membawa dirinya ke peringkat seterusnya selepas  pemain itu (Wilshere) memutuskan untuk meninggalkan Arsenal.

Welbeck, satu-satunya pemain Arsenal dalam skuad Piala Dunia England selepas Wilshere ditinggalkan (tidak disenaraikan) menjelaskan bahawa beliau memahami keputusan yang dibuat oleh rakan sepasukannya itu.

"Dia harus bersikap positif, mengambil peluang tersebut dengan terbuka dan terus meningkatkan dirinya ke tahap seterusnya, sebagaimana di inginkan beliau" kata Welbeck.

"Saya masih rapat dengannya, walaupun saya tidak akan melihatnya setiap hari. Perkara berubah dengan cepat dalam bolasepak dan saya yakin beliau akan di rindui setiap masa, terutamanya oleh peminat."

West Ham, Crystal Palace dan Wolves dilaporkan antara kelab yang berminat untuk menandatangani Wilshere.

Post a Comment

Previous Post Next Post