Wang bukan faktor utama buat Bacary Sagna tinggalkan Arsenal.

Bekas pemain Arsenal, Bacary Sagna 'buka mulut' mengenai keputusannya untuk meninggalkan Arsenal dan menyertai Manchester City.

Sagna, 35 tahun telah membuat sebanyak 284 penampilan untuk Arsenal sebelum memutuskan untuk mengambil langkah baru dengan menyertai Manchester City apabila kontraknya berakhir di Emirates pada tahun 2014.

Beliau menghabiskan tiga tahun bersama kelab tersebut (City) sebelum berpindah ke Itali dengan menyertai Benevento yang beraksi di Serie A pada tahun 2018 (3 Febuari).

Bersama City, beliau hanya memenangi Piala Liga sepanjang tempoh tiga tahun di Etihad dan pencapaian tersebut menyebabkan beliau dikritik oleh beberapa peminat Arsenal.

Perpindahan beliau ke City itu juga turut menyebabkan  sebilangan peminat dan penyokong Arsenal melabelkan beliau 'mata duitan' dengan dakwaan beliau menerima gaji yang lebih tinggi bersama Manchester City.

Sagna meninggalkan City selepas kontrak beliau berakhir pada Jun 2017.
Namun dalam temu bual bersama Arsenal Player, Sagna mendedahkan bahawa faktor kewangan bukanlah punca sebenar beliau meninggalkan Arsenal, sebaliknya beliau menegaskan bahawa satu-satunya alasan mengapa beliau berpindah ke City adalah kerana desakan cabaran baru.

"Ramai orang tidak faham mengapa saya pergi tetapi saya akan 'membersihkan' hal ini sekali lagi."

"Ini bukan mengenai wang kerana saya bersama Arsenal selama enam tahun dengan kontrak yang sama, saya tidak pernah meminta apa-apa."

"Saya hanya memerlukan satu cabaran baru dan saya perlu mencabar diri saya serta saya fikir ia adalah masa yang tepat untuk saya pergi."

"Ketika saya berjaya melakukannya (berpindah), ianya sangat sukar kerana Pablo Zabaleta merupakan salah seorang pemain utama pasukan."

"Tahun pertama agak sukar buat saya, tetapi saya terus berlatih dan bekerja keras, akhirnya pada tahun kedua saya merupakan salah seorang pemain yang paling banyak bermain, saya fikir saya melakukannya dengan baik."

"Semasa tahun kedua (2016) juga saya menyertai Kejohanan Eropah (bersama Perancis) dan kami layak ke perlawanan akhir menentang Portugal namun malangnya kami tewas."

"Saya kembali dengan mengalami sedikit keletihan dan juga mengalami kecederaan pada tahun lepas, saya mempunyai musim yang baik dan sentiasa memberikan yang terbaik kepada pasukan."

Pada 3 Februari 2018, Sagna menandatangani kontrak bersama kelab Serie A, Benevento Calcio selama enam bulan dan dan pilihan penyambungan kontrak buat setahun.

Post a Comment

Previous Post Next Post