Benarkah Unai Emery diberi kebenaran untuk mendapatkan Aleksandr Golovin?

Benarkah Unai Emery diberi kebenaran untuk mendapatkan Aleksandr Golovin? Kredit foto : Metro

Piala Dunia 2018 Rusia merupakan pentas terbaik buat para pemain mempamerkan aksi cemerlang baik dari segi kerana ingin membantu negara masing-masing menjulang trofi terulung bolasepak mahupun kerana inginkan mencari kejayaan peribadi selain 'menjual diri'.

Perlawanan pembukaan Piala Dunia 2018 Rusia, menyaksikan pemain tengah Rusia, Aleksandr Golovin secara tiba-tiba menjadi sebutan dan tanpa mengambil masa lama, pemain ini dikaitkan dengan Arsenal.

Dan cerita ini bukanlah perkara baru kerana sebelum bermulanya kejohanan Piala Dunia 2018 Rusia, Arsenal melalui bekas pengurus kelab ketika itu, Arsene Wenger dikatakan telah berminat untuk mendapatkan pemain tersebut pada musim panas ini (jendela perpindahan musim panas 2018/19).

Namun sayangnya, Wenger telah bersara terlebih dahulu tanpa sempat membuat tindakan susulan terhadap Golovin.


Dengan aksi yang memukau ditunjukkan pemain tersebut pada kejohanan ini, khabar angin mengaitkan perpindahan ke Arsenal kembali membuka dada akhbar dan hangat diperkatakan sehinggakan terdapat laporan yang mengatakan Emery diberikan kebenaran untuk menandatangani pemain tengah Rusia tersebut.

Statistik Golovin di Piala Dunia 2018 setakat ini.
Laporan Express mendedahkan dimana Emery dan Arsenal telah menghantar 'scout' bagi meninjau aksi Golovin pada kejohanan yang sedang berlangsung serta beliau (Emery) dikatakan bersetuju supaya Arsenal meneruskan rundingan untuk mendapatkan pemain berusia 22 tahun itu.

And Sport Express claim Emery has given the thumbs up to club chiefs to proceed with negotiations as he looks to add further recruits.
-- Express.

Melihatkan kepada senario terkini skuad Arsenal, dengan Jack Wilshere bakal meninggalkan kelab pada bulan depan disamping Santi Cazorla turut dilepaskan Arsenal pada bulan lalu.

Sememangnya terdapat kekosongan pada posisi tengah Arsenal dan peluang ini juga seharusnya memberi peluang kepada Emery dan Arsenal untuk  memperkukuhkan barisan tengah bagi menghadapi saingan musim depan.

Pun begitu, Arsenal dikatakan telah pun melengkapkan perpindahan pemain tengah Sampdoria, Lucas Torreira walaupun masih belum membuat pengumuman rasmi.

Dan jika mengambil kira jumlah perbelanjaan yang dilakukan Arsenal (termasuklah) perpindahan yang masih belum diumumkan (yang dikatakan telah selesai dilakukan, hanya menantikan pengumuman rasmi), Arsenal telah pun berbelanja melebihi peruntukan dana perpindahan yang telah diluluskan oleh pihak pengurusan Arsenal yang dikatakan berjumlah 50 juta pounds.


Mengikut laporan tersebut, Golovin dikatakan bernilai  £25 juta  dan Emery juga dikatakan diberi kebenaran untuk mendapatkan pemain tersebut.

Pun begitu, Golovin yang terikat kontrak bersama CSKA Moscow sehingga tahun 2021 bukanlah subjek perpindahan buat kelab Rusia tersebut.

Serta nilai £25 juta itu merupakan nilai pasaran semasa dan laporan itu juga tidak menyatakan bahawa CSKA Moscow berhajat untuk melepaskan pemain tersebut.

Dan ini sudah pasti menyebabkan nilai perpindahan tersebut mungkin menjadi lebih tinggi sekiranya Arsenal benar-benar mahukan pemain tersebut.

Menjadi satu persoalan, adakah Arsenal benar-benar terdesak untuk mendapatkan pemain tengah Rusia itu, yang mampu beraksi pada posisi center midfielder, left attacking dan center attacking midfielder.

Dan juga, benarkan Emery diberi kebenaran untuk mendapatkan pemain tersebut?

Walaupun laporan (Independent) sebelum ini mengatakan bahawa Emery diberikan dana tambahan menjadikan dana perpindahan secara keseluruhan berjumlah £70 juta, namun dengan perbenjaan yang dilakukan Arsenal setakat ini, ianya telah pun mencecah hampir £65 juta (rujuk kepada : Perbelanjaan yang dilakukan Arsenal setakat ini

Apa yang boleh dirumuskan setakat ini, Arsenal sememangnya memerlukan pengganti kepada kekosongan Jack Wilshere dan Santi Cazorla namun kemasukan Luas Torreira mungkin menggantikan kekosongan yang ditinggalkan oleh Wilshere.

Dan tempat Cazorla mungkin bakal diisi pemain muda sedia ada sekarang seperti Ainsley Maitland-NilesReiss Nelson dan juga Joe Willock.

Ketiga-tiga pemain muda itu telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan musim lalu dalam aksi bersama skuad utama Arsenal, tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa mereka sewajarnya diberi peluang untuk terus cemerlang musim depan.

Yang pastinya, jika benar Emery diberi kebenaran untuk mendapatkan Golovin, sudah tentu nilai perpindahan pemain tersebut bakal mencecah lebih tinggi daripada apa yang dilaporkan iaitu £25 juta dan sudah tentu juga beliau (Emery) terpaksa melepaskan (menjual) beberapa pemain bagi mengimbangi dana perpindahan yang diluluskan.

Mungkin jendela perpindahan kedua musim depan (Januari) menyaksikan Emery bakal membawa masuk beberapa pemain yang diperlukan bagi memperkukuhkan skuad Arsenal.

Kerana, setakat ini Emery masih belum lagi menguji keseluruhan pemain-pemain Arsenal dalam perlawanan kompetitif mahupun persahabatan yang seterusnya menyebabkan beliau sukar mengkaji dan mengetahui kekuatan dan kelemahan pasukan.

Penulis merasakan setakat ini hanya empat pemain sahaja yang bakal diumumkan Arsenal setakat ini kerana mungkin selepas Emery mengetahui dimana kekurangan dan kelebihan skuad, barulah usul dicadangkan beliau kepada Mislintat dan Sanllehi.

Dan juga, penulis turut merasakan senarai yang pemain yang bakal dibawa masuk mungkin mengalami perubahan sekali lagi selepas aksi pra musim Arsenal dijalankan.

Jadual perlawanan pra musim Arsenal 2018/19
Tarikh Lawan Status Lokasi
14 Julai Boreham Wood Persahabatan Meadow Park, Borehamwood
26 Julai Atletico Madrid International Champions Cup Singapore National Stadium
28 Julai PSG International Champions Cup Singapore National Stadium
1 Ogos Chelsea International Champions Cup Aviva Stadium, Dublin
8 Ogos Sevilla Persahabatan Stockholm, Sweden

Post a Comment

Previous Post Next Post