Manchester City sedia belanja €80 juta bagi dapatkan pemain Real Madrid dalam memperkukuhkan skuad.

Pep Guardiola mahu memperkukuhan skuad beliau dengan membawa masuk Kroos.

Laporan daripada Sepanyol mendedahkan dimana Manchester City sedia keluarkan belanja sebanyak €80 juta untuk pemain tengah Jerman, Toni Kroos.

Pengendali City, Pep Guardiola menyifatkan pemain tersebut merupakan tonik tambahan di dalam skuad beliau bagi menghadapi saingan domestik dan Eropah musim depan.

Dengan Jerman tersingkir dari Kejohanan Piala Dunia 2018 selepas tewas kepada Korea Selatan 2-0, ianya bakal memberikan ruang dan peluang kepada Kroos untuk memikirkan tawaran dan masa depan beliau dengan lapang pada musim panas ini.

Dan laporan dari Sepanyol, Don Balón, menyifatkan peluang tersebut bakal digunakan sebaiknya oleh Kroos untuk memikirkan masa depan beliau dan kemungkinan pemain tersebut bakal berpindah dengan menyertai Manchester City musim depan.

Kroos, 28 tahun sebelum menyertai Real Madrid, beliau pernah bermain dibawah kendalian Pep Guardiola ketika pengendali Sepanyol itu mengemudikan Bayern Munich dari tahun 2013 sehingga 2016.

Walaupun beliau hanya bermain semusim dibawah kendalian Guardiola, namun pengurus City itu dikatakan berminat untuk membawa beliau ke Etihad musim depan.

Kemasukan Kroos dipercayai mampu menyelesaikan masalah pada barisan tengah City yang dikatakan agak longgar musim lalu.

Dan menurut laporan itu lagi, Kroos tidak menolak (menafikan) sebarang peluang dan rumors yang mengaitkan perpindahan beliau untuk meninggalkan gergasi La Liga itu musim depan selepas pengendali pasukan tersebut musim lalu, Zinedine Zidane melepaskan jawatan bersama Real Madrid.
Kroos mempunyai kontrak bersama Real Madrid sehingga tahun 2022.
Rabu lalu, media Sepanyol itu melaporkan dimana Manchester City dikatakan sedia untuk membayar €80 juta kepada Real Madrid bagi mendapatkan Kroos dan tawaran tersebut mengikut Dan Balon merupakan sesuatu yang sukar untuk ditolak Real Madrid.

Kroos dikatakan mahu menunggu sehingga berakhirnya Piala Dunia sebelum membuat sebarang keputusan dan dengan tersingkirnya Jerman pada Kejohanan Piala Dunia, Don Balon percaya bahawa masanya telah tiba buat Kroos untuk memikirkan dan membuat keputusan mengenai masa depan beliau.

Post a Comment

Previous Post Next Post