Perkembangan Perpindahan Mehdi Benatia, pelbagai sumber sahkan Arsenal berminat

Perkembangan Perpindahan Mehdi Benatia, pelbagai sumber sahkan Arsenal berminat. Kredit foto :Sport360

Pertahanan Juventus, Mehdi Benatia kembali hangat diperkatakan dengan perpindahan ke Arsenal.

Penghujung bulan lalu (Mei) dan awal bulan ini (Jun), pelbagai sumber (rujuk disini) daripada MaghribiEngland dan Itali telah melaporkan dimana Arsenal dikatakan telah mensasarkan pertahanan kebangsaan Maghribi dengan bayaran perpindahan dijangkakan bernilai € 25 juta yang mampu dicapai bersama Juventus.

Dan kami juga telah membandingkan pertahanan Juventus ini dengan pertahanan Borussia Dortmund yang dikatakan telah melengkapkan perpindahan menyertai Arsenal, Sokratis Papastathopoulos. Anda boleh membacanya disini : Adakah Arsenal benar-benar mahukan Mehdi Benatia

Namun semalam, media Itali melaporkan dimana pertahanan tengah yang juga kapten kebangsaan Maghribi itu bakal meninggalkan Juventus sekembalinya beliau daripada tugasan bersama skuad kebangsaan di Kejohanan Piala Dunia 2018.

Maghribi tersingkir daripada saingan Piala Dunia 2018 setelah menamatkan saingan di peringkat kumpulan dengan berada ditangga tercorot Kumpulan B.

Pos. Negara P M S K J B +/- Mata
1 Sepanyol 3 1 2 0 6 5 +1 5
2 Portugal 3 1 2 0 5 4 +1 5
3 Iran 3 1 1 1 2 2 0 4
4 Maghribi 3 0 1 2 2 4 −2 1

Pelbagai sumber dari Itali melaporkan berita mengenai Arsenal yang dikaitkan sekali lagi dengan pertahanan Juventus ini sebagaimana pada edisi Khamis (waktu tempatan).

Gazzetta dello Sport melaporkan bahawa Benatia bakal meninggalkan Juventus pada jendela perpindahan musim panas ini setelah kedudukan pemain itu bersama kelab tersebut tidak lagi diperlukan.

Mereka turut mengatakan kelab-kelab seperti Arsenal, Marseille dan Borussia Dortmund merupakan antara yang paling berminat untuk mendapatkan pemain itu.


Manakala Tuttosport pula mendakwa mungkin terdapat usaha secara tiba-tiba (mengejut) untuk menangani Benatia.

Laporan itu mengatakan bahawa Juventus kemungkinan bakal melepaskan Benatia setelah mereka menandatangani pertahanan Sevilla yang dipinjamkan kepada Inter Milan musim lalu, Joao Cancelo.


Masa depan pemain antarabangsa Maghribi itu bersama Juventus kini menjadi tanda tanya setelah kemasukan Joao Cancelo dan Juventus juga dikatakan mahu mendapatkan pertahanan Uruguay, Diego Godin.

TURIN - National eliminated, returned early. So it was for Medhi Benatia, who came out with Morocco in the first phase of the World Cup and was intercepted yesterday by fans in Turin. Double bet for the defender, first at Juventus store in the stadium and then in the Continassa.

A blitz for greetings more than to talk about the future, in a day marked by the arrival of Joao Cancelo. But the tomorrow of Benatia could be far from Turin. The Moroccan was one of the most talked about players as possible exit, on him first of all the Marseille coached by Rudi Garcia, his coach already in Rome. Following Arsenal and, more defunct, the Borussia Dortmund.

PISTA GODIN - A possible exit, that of Benatia, that Juventus would like to compensate with the entry of a player with proven experience as Diego Godin, even if the negotiation is anything but simple. 

The Uruguayan is deadline 2019 with Atletico Madrid, contacts for renewal have been standing for some time and the entry of another company was not liked by the Spaniards. Godin is a symbol of the "colchoneros", team in which he arrived in 2010, convincing him to leave them is complicated. But at 32, the power plant could also consider the idea of ​​a new adventure, especially in the presence of a multi-year agreement

(diterjemahkan daripada Bahasa Itali ke Bahasa Inggeris menggunakan Google Tanslate 😊)

Dan laporan itu mengatakan Marseille merupakan kelab pertama berminat untuk mendapatkan Benatia, diikuti oleh Arsenal dan Borussia Dortmund. 

Corriere dello Sport juga melaporkan kemungkinan untuk Benatia meninggalkan Juventus musim ini juga tinggi serta turut mengatakan bahawa Arsenal dan Marseille merupakan dua kelab yang menunjukkan minat begitu tinggi terhadap pemain itu.

Nota Penulis: Sebagaimana pendirian dan pandangan penulis pada laporan lalu, pembelian Sokratis Papastathopoulos jelas lebih berbaloi jika dibandingkan dengan Mehdi Benatia.

Dan jika Arsenal sudah mengesahkan pembelian Sokratis Papastathopoulos, rasanya masalah pada bahagian pertahanan terutamanya pertahanan tengah sudah mampu diatasai dan tiada keperluan untuk mendapatkan seorang pertahanan tengah baru ketika ini melainkan Arsenal telah melepaskan pemain pertahanan sedia ada.

Tambahan pula, Arsenal juga memiliki barisan pertahanan muda yang mampu memberikan sumbangan pada musim depan.

Serta penulis merasakan Benatia bakal memilih Marseille berbanding Arsenal jika ianya benar pemain tersebut sedia dilepaskan Juventus.

Post a Comment

Previous Post Next Post