Bagaimana urusan perpindahan Swansea mampu bantu Arsenal dapatkan Banega.

Bagaimana urusan perpindahan Swansea mampu bantu Arsenal dapatkan Banega. Kredit Foto: Zimbio

Bagaimana urusan perpindahan Swansea dapat membantu Unai Emery membawa Ever Banega ke Arsenal.



Arsenal dikatakan sedang mencari pemain tengah baru dan Unai Emery berharap dapat membawa beberapa muka baru bagi memperkuatkan jentera tengah Arsenal dalam menghadapi saingan musim depan.

Dan dikatakan Emery berharap mampu menyelesaikan isu perpindahan ini dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

Dengan Lucas Torreira dijangka tiba dari Sampdoria menyertai Arsenal selepas tugasan beliau bersama skuad kebangsaan Uruguay selesai, pemain Sevilla, Ever Banega dan Steven N'Zonzi masih dikaitkan dengan perpindahan ke Emirates.

Kedua-dua pemain tersebut telah memainkan peranan penting dalam membantu pasukan Sevilla musim lalu sehingga berjaya membantu kelab tersebut untuk beraksi pada saingan kelayakan Piala Europa musim depan dan mereka berdua boleh dibeli dengan cara menebus kontrak berdasarkan klausa pelepasan yang terkandung di dalam kontrak mereka bersama kelab tersebut.

Pemain tengah Argentina, Banega boleh dilepaskan Sevilla jika mana-mana kelab mampu memenuhi klausa pelepasan berjumlah €20 juta manakala bekas pemain Blackburn Rovers, N'Zonzi pula mempunyai klausa pelepasan bernilai €40 juta.

Namun, khabar angin ketika ini kuat memperkatakan bahawa Emery berminat dan mahu mendapatkan bekas pemain yang pernah beraksi dibawah kendalian beliau ketika bersama Valencia dan juga Sevilla iaitu Banega.

Perkembangan terbaru Sevilla yang telah menandatangani Roque Mesa dari Swansea City selepas mengaktifkan klausa didalam kontrak pinjaman bersama Swansea bakal mempengaruhi dan membantu Emery dalam melengkapkan perpindahan untuk membawa Banega menyertai Arsenal menjadi lebih mudah menurut laporan Football London.

Sevilla telah menandatangani Roque Mesa dari Swansea City.
Roque Mesa menyertai Sevilla daripada Swansea City secara pinjaman pada 30 Januari 2018 dan Sevilla mempunyai pilihan untuk membeli pemain tersebut mengikut perjanjian didalam kontrak pinjaman mereka.

Dan dua hari lalu, Sevilla telah mengaktifkan klausa pilihan untuk membeli pemain tersebut tanpa mendedahkan nilai perpindahan itu.

Serta Mesa dilaporkan telah menandatangani kontrak bersama Sevilla untuk tempoh tiga tahun (kontrak).

Swansea midfielder Roque Mesa has joined La Liga side Sevilla on a permanent basis for an undisclosed fee.

Dengan Mesa sekarang menjadi pemain Sevilla ianya berpotensi untuk membuka jalan buat Banega meninggalkan kelab tersebut dan kembali bersama bekas pengendali yang pernah membimbing beliau iaitu Unai Emery di Emirates.

Sebelum ini Banega dikatakan tidak gembira bersama Sevilla dan turut dilaporkan bahawa Emery telah pun menghubungi Banega untuk memujuk pemain tersebut menyertai Arsenal.

Post a Comment

Previous Post Next Post