Nacho Monreal bakal tinggalkan Arsenal dan pengganti beliau telah dikenal pasti.

Nacho Monreal dilaporkan menjadi sasaran perpindahan musim panas ini dengan dikaitkan bersama pasukan Real Sociedad.



Pertahanan kiri berusia 32 tahun ini menyertai Arsenal pada Januari 2013 dari kelab Sepanyol, Malaga dengan nilai perpindahan yang dianggarkan sekitar £8.3 juta dan setakat ini beliau telah membuat lebih 200 penampilan dengan sembilan gol serta 13 bantuan gol telah dihasilkan beliau bersama Arsenal.

Maka tidak hairanlah mengapa beliau menjadi antara pemain kegemaran penyokong Arsenal lebih-lebih lagi berdasarkan prestasi cemerlang beliau yang ditunjukkan pada dua musim kebelakangan ini.

Dengan kebolehan beliau untuk beraksi pada posisi pertahanan tengah, Arsene Wenger telah menggunakan beliau dalam kempen liga 2016/2017 sebagai pertahanan tengah ketika menggunakan tiga pemain pertahanan dalam formasi Arsenal ketika itu serta beberapa bulan pertama pada musim lalu (2017/18).

Musim lalu juga menyaksikan beliau menjaringkan enam gol secara keseluruhannya dalam kesemua kejohanan yang disertai Arsenal selain menghasilkan dua bantuan gol.

Rekod penampilan Monreal musim 2017/18
Saingan Penampilan Jaringan Bantuan Gol
Premier League 28 5 2
Europa League 7 1 -
EFL Cup 2 - -
Community Shield 1 - -
JUMLAH 38 6 2

Namun, kontrak beliau bersama Arsenal bakal berakhir pada penghujung musim depan dan laporan dari Sepanyol mengatakan bahawa beliau bakal kembali ke La Liga pada musim panas ini.

Menurut laporan itu, Real Sociedad dikatakan menjadikan Monreal sebagai sasaran utama mereka dan menjadi pilihan Pengarah Sukan, Roberto Olabe.

Walau bagaimanapun, difahamkan pengurus Real Sociedad, Asier Garitano masih gembira untuk mengekalkan pertahanan sedia ada iaitu Alberto de la Bella dan Kevin Rodrigues sebagai pilihan pertahanan kiri musim depan.

The Gunners dan Sociedad dikatakan mempunyai hubungan kerja yang baik setelah Arsenal meminjamkan dua pemain kepada kelab Sepanyol itu, Carlos Vela dan Fran Merida pada masa lalu.

Usaha Sociedad itu mungkin menghadapi kesukaran kali ini memandangkan pengendali baharu Arsenal, Unai Emery dilaporkan tidak bercadang untuk mencari pertahanan kiri baru sebaliknya gembira untuk mengekalkan Monreal.



PENGGANTI MONREAL, JUNIOR FIRPO

Pun begitu AS telah melaporkan dimana Arsenal kini sedang memantau perkembangan pertahanan muda Real Betis, Junior Firpo.

Hector Junior Firpo Adames, 22 tahun dikenali dengan panggilan Firo Junior, merupakan pertahanan kiri yang mampu bermain pada posisi pertahanan tengah selain sayap kiri (left midfielder).

Junior Firpo, 22 tahun dikatakan pengganti kepada Monreal. Kredit foto : Diario Libre
Ketika ini Firpo mempunyai klausa pelepasan bernilai £22 juta dan laporan itu juga mengatakan dimana pihak Betis ketika ini dalam proses rundingan bersama pemain itu bagi memperbaharui kontrak serta bakal menyaksikan perubahan pada klausa pelepasan Firpo.

Kontrak sedia ada beliau bersama Sociedad bakal berakhir pada Jun 2021.

Firpo telah membuat 14 penampilan liga (La Liga) dengan dua gol dan dua bantuan gol dihasilkan beliau.

Post a Comment

Previous Post Next Post