Arsenal tawar gaji hampir tiga kali ganda kepada pemain sayap Real Madrid

Arsenal tawar gaji hampir tiga kali ganda kepada pemain sayap Real Madrid. Kredit foto: www.9sportpro.com

Arsenal dilaporkan sedia menawarkan gaji hampir tiga kali ganda kepada Lucas Vazquez menurut laporan Sport.

Media Sepanyol, Sport dalam laporan semalam mengeluarkan berita bertajuk Tawaran Arsenal yang 'tidak mampu' ditolak Lucas Vázquez.

Arsenal's 'irresistable' offer for Lucas Vázquez

Laporan Sport itu berdasarkan dakwaan daripada Ok Diario yang juga merupakan media dari Sepanyol, mengatakan bahawa Unai Emery sanggup membayar Lucas Vazquez hampir tiga kali ganda dengan apa pemain itu perolehi bersama Real Madrid.

Pemain antarabangsa Sepanyol itu menerima gaji € 3 juta setahun daripada Real Madrid dan laporan itu menyatakan Arsenal sedia menawarkan gaji sebanyak € 8 juta kepada pemain sayap berusia 26 tahun itu.

Walaupun ia adalah tawaran yang sukar buat Vazquez untuk mengatakan tidak, namun mereka juga mendakwa bahawa Real Madrid tidak berniat untuk menjual pemain tersebut yang mempunyai kontrak bersama mereka sehingga 2021.

Selain Sport dan OK Diario, Don Balon juga melaporkan perkara sama.

Hujung tahun lalu, Real Madrid dikatakan telah menawarkan Vazquez kepada Arsenal sebagai pertukaran bagi mendapatkan Alexis Sanchez.

Dan ini mungkin menyebabkan rumors ini kembali dikaitkan dengan Arsenal.

Rekod Penampilan musim 2017/18
Saingan Penampilan Jaringan Bantuan Gol
LaLiga 33 4 8
Champions League 10 1 3
Copa del Rey 5 3 3
Club World Cup 2 - 1
Supercopa 2 - 1
UEFA Supercup 1 - -
JUMLAH 53 8 16
Statistik Vazquez bersama Sepanyol di Kejohanan Piala Dunia 2018 Rusia setakat ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post