Ospina bakal dilepaskan Arsenal dengan Ketua Fenerbahçe dilihat berada di London

Ospina bakal dilepaskan Arsenal dengan Ketua Fenerbahçe dilihat berada di London 

Ketua Fenerbahçe dilihat berada di London untuk membincangkan perpindahan David Ospina.

Dengan Bernd Leno sah menjadi penjaga gol baru Arsenal, The Gunners ketika ini mempunyai lebihan penjaga gol yang dikira terlalu ramai untuk saingan musim depan.

Salah seorang penjaga gol sedia ada, sama ada  Petr Cech ataupun David Ospina perlu meninggalkan kelab dan menurut laporan terkini, ia kelihatan seperti pemain antarabangsa Colombia yang akan berlepas dari Emirates.

Media Turki, Turki Football melaporkan dimana Ketua Fenerbahce, Ali Koc dilihat berada Hotel Dorchester, London di mana perbincangan telah diadakan bersama wakil pemain dan kelab.

Koc dan pasukannya bertemu dengan agen yang bekerja bagi pihak Arsenal dan David Ospina untuk membincangkan potensi perpindahan musim panas ini.

Ali Koc (tengah) dilihat berada diLondon bagi membincangkan urusan perpindahan Ospina. Kredit Foto : Turkish Football.
Difahamkan, Arsenal sedia menjual ataupun melepaskan Ospina dengan bayaran perpindahan sekitar €10 juta (kira-kira 8.8 juta pounds), ini kerana kontrak penjaga gol kedua Arsenal itu akan berakhir dalam tempoh 12 bulan lagi.

Sebelum ini, laporan Fotomac (via TriballFootball) mendedahkan Ketua Sukan kelab itu, Damien Comolli dan pengerusi Fenerbahce, Ali Koc berada di England untuk mengadakan siri rundingan dengan beberapa prospek perpindahan menjelang musim 2018/19.

Laporan tersebut mendedahkan Fenerbahce berminat untuk membawa pemain tengah Chelsea, Marco van Ginkel yang dipinjamkan ke PSV Eindhoven musim lalu.

Selain itu, Fenerbahce juga dilaporkan mahu mengadakan rundingan bersama Tottenham bagi mendapatkan Georges-Kévin N'Koudou serta mahu menyelesaikan rundingan untuk membawa Vincent Janssen secara tetap ke Turki.

Turut dilaporkan bahawa Fenerbahce juga mahu mendapatkan pemain Arsenal yang tidak akan menyambung kontrak bersama kelab iaitu Jack Wilshere dan David Ospina.

Post a Comment

Previous Post Next Post