Penjaga gol sasaran Arsenal sukar tolak lamaran Liverpool.

Penjaga gol sasaran Arsenal sukar tolak lamaran Liverpool. Kredit foto : Sky Sports

Strategi perpindahan Barcelona mungkin akan berubah dan segalanya bergantung kepada Jasper Cillessen sama ada beliau memutuskan untuk kekal ataupun meninggalkan Camp Nou pada jendela perpindahan musim panas nanti.

Penjaga gol berusia 29 tahun itu mempunyai ataupun membuat penampilan yang begitu terhad bersama Barcelona dan khidmat beliau lebih digunakan dalam saingan Copa del Rey.

Manakala pemain antarabangsa Jerman, Marc-André ter Stegen lebih menjadi pilihan Ernesto Valverde untuk perlawanan La Liga dan juga saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Akhbar Catalan, Mundo Deportivo mendakwa prospek perpindahan Cillessen dari Barcelona tidak boleh diketepikan pada jendela perpindahan nanti. 

Petikan laporan Mundo Deportivo
Penjaga gol kebangsaan Belanda ini mempunyai klausa pelepasan berjumlah €60 juta (kira-kira £53 juta) dalam kontraknya dan telah dikaitkan dengan beberapa kelab di seluruh Eropah.

Di England, Liverpool dan Arsenal dikatakan berminat untuk mendapatkan tandatangan penjaga gol itu. 

Manakala di Itali, Napoli juga berminat kerana mereka ingin mencari pengganti kepada Pepe Reina selepas penjaga gol tersebut meninggalkan kelab itu sebagai ejen bebas dan akan menyertai AC Milan musim depan.

Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp dikatakan mahu membawa penjaga gol baru sebagai pengganti kepada Simon Mignolet.

Manakala prestasi yang ditunjukkan Loris Karius pada aksi final Liga Juara-Juara Eropah menunjukkan bahawa Reds begitu memerlukan seorang panjaga gol baru pada jendela perpindahan musim panas ini dan Cillessen kemungkinan akan menjadi pilihan pertama Klopp.

Soal harga Cillessen tidak akan menjadi satu masalah buat Liverpool untuk memenuhi tuntutan Barcelona selepas hasil penjualan Coutinho yang dianggarkan sekitar £105 - 142 juta masih berbaki untuk dibelanjakan pada jendela perpindahan nanti.

Barcelona mendapatkan Cillessean daripada Ajax pada tahun 2016 dengan bayaran perpindahan sekitar €13 juta dan jika mana-mana kelab mampu membuat tawaran kepada pemain ini sebagai penjaga gol utama, sudah tentu ianya sukar buat penjaga gol kedua Barcelona itu menolak.

Dan Liverpool sememangnya mencari penjaga gol utama dan jika mereka membuat tawaran kepada pemain itu, sudah pasti sukar buat  Cillessean untuk menolak tawaran menyertai kelab Inggeris tersebut.

Akhir bulan lalu, Express melaporkan bahawa Cillessean telah menyatakan hasrat beliau untuk menyertai Liverpool pada jendela perpindahan musim panas nanti.

BARCELONA star Jasper Cillessen has told the club he wants to join Liverpool, according to a big report in Spain.
--  Express

Pun begitu dalam temubual bersama Fox Sports Belanda, beliau (Cillessean) turut tidak menolak peluang beliau untuk kekal bersama Barcelona seandainya khidmat beliau masih diperlukan.

“Arsenal and Liverpool aren’t bad clubs but if Barcelona say, ‘We love you,’ then I’ll accept their decision and continue there."

"I’ll wait until we return on July 16 to see what they’ve decided. I don’t know anything. If the club wants to keep me, I’ll accept that. I signed a five-year deal with them."

-- Jasper Cillessen via talkSports.

Post a Comment

Previous Post Next Post