Ronaldo dijatuhi hukuman penjara dan denda berhubung kes cukai.

Ronaldo dijatuhi hukuman penjara dan denda berhubung kes cukai.

Satu perjanjian telah dicapai antara pihak berkuasa cukai Sepanyol dan Cristiano Ronaldo, walaupun masih belum disahkan oleh peguam.



Cristiano Ronaldo telah bersetuju untuk menerima penggantungan (penangguhan) dua tahun hukuman penjara dan denda sebanyak € 18.8 juta bagi menamatkan pertikaian dengan pihak berkuasa cukai Sepanyol, menurut laporan Omnisport.

Superstar Real Madrid itu telah dituduh tahun lalu menipu pihak berkuasa Sepanyol berhubung dengan cukai hak cipta berjumlah €14.8 juta namun beliau telah menafikan pertuduhan tersebut yang mengatakan beliau menyembunyikan pendapatannya hasil penjualan hak cipta yang diperolehi beliau itu.

Semenjak itu, Ronaldo dan juga ejen beliau berusaha berunding dengan pihak berkuasa Sepanyol bagi menyelesaikan isu ini namun beliau didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun selain denda berjumlah 18.8 juta Euro.

Hukuman tersebut diputuskan oleh mahkamah hanya beberapa jam sebelum perlawanan diantara Sepanyol menentang Portugal yang berlangsung awal pagi tadi (waktu Malaysia).

Di bawah undang-undang Sepanyol,seseorang itu boleh terlepas daripada menjalani hukuman penjara sekiranya hukuman penjara yang dijatuhkan kepada mereka itu tidak melebihi dua tahun bagi kesalahan kali pertama.

Dan Ronaldo terselamat daripada menjalani hukuman penjara yang dikenakan terhadap beliau dengan membuat rayuan dan permohonan kepada pihak berkuasa Sepanyol.

Setakat ini, tiada laporan yang mengesahkan lagi permohonan yang dibuat oleh Ronaldo memandangkan beliau terlibat bersama skuad kebangsaan Portugal bagi Kejohanan Piala Dunia FIFA 2018 Rusia yang sedang berlangsung. 

Sumber: FFT

Post a Comment

Previous Post Next Post