Raul Sanllehi gagal atasi kehebatan AS Monaco dalam perebutan pemain Barcelona

Raul Sanllehi gagal atasi kehebatan AS Monaco dalam perebutan pemain Barcelona. Kredit foto : Yahoo Sports

Selama bertahun-tahun Barcelona telah melihat beberapa bakat muda mereka meninggalkan kelab itu dan menyertai kelab-kelab ternama lain.


Untuk mengelakkan situasi yang sama berulang pada musim panas ini, gergasi La Liga  itu telah mengikat beberapa produk akademi mereka dengan kontrak baru termasuklah klausa pelepasan yang tinggi.

Walau bagaimanapun, Barcelona tidak dapat meyakinkan Robert Navarro mengenai masa depan pemain muda berbakat itu supaya kekal bersama mereka musim depan. 


Robert Nabarro, 16 tahun jadi rebutan Arsenal dan Monaco. Kredit foto :Sport English
Menurut laporan Sport, pemain muda itu akan meninggalkan Barcelona dan telah memilih AS Monaco sebagai destinasi beliau musim depan.

Navarro, 16 tahun berjaya menarik minat beberapa kelab Inggeris termasuklah Arsenal dan Manchester City  yang dikatakan antara kelab terawal cuba menandatangani pemain muda ini.

Juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City begitu hampir dapat membawa pemain muda itu menyertai mereka, namun menurut laporan Sport, kerisauan terhadap sekatan FIFA berhubung isu perpindahan itu menyaksikan mereka (City) menamatkan minat untuk mendapatkan tandatangan pemain tersebut. 
Selepas City memutuskan untuk tidak meneruskan minat dalam mendapatkan pemain muda Barcelona itu, Arsenal dikatakan mula meneruskan usaha untuk menandatangani Navarro.

Raul Sanllehí menyertai Arsenal sebagai Ketua Hubungan Bolasepak dan juga merupakan bekas Pengarah Sukan Barcelona, dilaporkan mahu menandatangani Navarro musim depan untuk dibawa masuk ke Arsenal.

Walau bagaimanapun, tawaran yang dikemukan beliau itu gagal menyaingi apa yang dilakukan oleh AS Monaco terhadap Navarro yang seterusnya menyaksikan pemain muda tersebut memilih pasukan dari Perancis itu berbanding Arsenal.

Jordi Mboula bekas pemain akademi Barcelona yang berusia 19 tahun, kini beraksi bersama AS Monaco dikatakan menjadi salah seorang individu yang terlibat dalam meyakinkan Navarro untuk memilih Monaco.

Ia sebelum ini, terdapat laporan media Catalan bahawa Barcelona dikatakan begitu kesal dengan cara bagaimana Monaco mendekati pemain muda mereka.

Post a Comment

Previous Post Next Post