Jens Lehmann persoal keputusan Arsenal singkirkan beliau

Jens Lehmann persoal keputusan Arsenal singkirkan beliau. Kredit foto : Telegraph

Penjaga gol 'Invincible' Arsenal, Jens Lehmann persoal keputusan Arsenal selepas beliau menjadi salah seorang daripada 10 orang staf belakang tabir yang dilepaskan kelab setelah ketiadaan Arsene Wenger.



Lehmann kembali ke Arsenal tahun lalu sebagai jurulatih pasukan utama di bawah kendalian Wenger, namun ketua jurulatih baharu Arsenal, Unai Emery tidak menyenaraikan beliau untuk kekal bersama staf kejurulatihan kelab musim depan.

Tindakan Emery yang hanya melantik tiga staf yang pernah bekerja dibawah kendalian Wenger untuk bersama beliau musim depan dengan menyingkirkan Lehmann mencetuskan rasa tidak puas hati bekas penjaga gol Jerman berusia 48 tahun itu.

Beliau adalah diantara mereka yang ditunjuk pintu keluar dari Arsenal musim dengan menyaksikan Steve Bould masih mendapat kepercayaan Emery untuk membantu pengendali kelahiran Sepanyol itu musim depan.

Baca : Senarai lengkap staf kejurulatihan Arsenal musim 2018/19.

Kecewa dengan keputusan tersebut, Lehmann bertindak balas di laman sosial Twitter milik beliau dengan menulis:

"Peminat Arsenal"

"Saya minta maaf kerana meninggalkan kelab hanya selepas setahun bersama untuk sekali lagi. Ia merupakan satu pengalaman yang menakjubkan dapat bekerja bersama pemain sebagai salah seorang pembantu jurulatih. Tetapi sikap (attitude) dari kumpulan tahun 2004 kita tidak lagi diperlukan di sana (Arsenal). "

Walaupun perubahan dijangka bakal berlaku selepas era Wenger selama 22 tahun tidak lagi menjadi pengurus pasukan, namun perubahan barisan kejurulatihan dan belakang tabir Arsenal mengejutkan banyak pihak termasuklah kakitangan Arsenal sendiri.

Selain Lehmann, jurulatih pasukan utama Neil Banfield, Tony Colbert, Gerry Peyton dan Boro Primorac semuanya telah dilepaskan Arsenal.

Manakala, kakitangan perubatan juga menyaksikan perubahan besar dengan menyaksikan Arsenal melepaskan Colin Lewin yang bertindak selaku ketua perkhidmatan perubatan sebelum ini, ahli fisioterapi Andy Rolls dan Ben Ashworth dan osteopath Dr Philippe Boixel juga tidak akan bersama Arsenal musim depan.

Pengurus Perjalanan kelab, Paul Johnson juga menerima nasib yang sama seperti Lehmann apabila turut dilepaskan.

*Osteopati (osteopath): adalah sejenis terapi bebas dadah, tanpa invasif yang bertujuan meningkatkan kesihatan di semua sistem badan dengan memanipulasi dan memperkuat rangka kerja muskuloskeletal.

Doktor osteopathic akan memberi tumpuan kepada sendi, otot, dan tulang belakang. Rawatan bertujuan untuk memberi kesan positif kepada sistem saraf, peredaran darah, dan limfa badan
.



Rujukan : Medical News Today. 
Dengan Arsenal berpindah ke model 'ketua jurulatih' berbanding pengurus pasukan pada era Wenger, kuasa melantik barisan belakang tabir dan jumlah kakitangan pasukan juga dihadkan sekaligus mengurangkan kuasa bagi Ketua Jurulatih untuk melantik staf ataupun kakitangan agar tidak terlalu berlebihan namun Emery masih dibenarkan untuk melantik lima orang kakitangan baru.

Juan Carlos Carcedo (1) dan Pablo Villanueva (2) akan bekerjasama bersama Bould sebagai jurulatih pasukan utama manakala jurulatih kekuatan dan fizikal, Julen Masach (3), jurulatih penjaga gol Javi Garcia (4) dan penganalisis Victor Manas (5) turut menyertai kakitangan ataupun staf kejurulatihan Emery bersama Arsenal.

*Nombor dalam kurungan (..) adalah merujuk kakikatangan baru yang dibenarkan buat Emery melantik menyertai beliau bersama Arsenal musim depan.

Arsenal setakat ini hanya mengekalkan Bould (pembantu ketua jurulatih), Sal Bibbo sebagai jurulatih penjaga gol serta Darren Burgess sebagai pengarah prestasi tinggi.

Manakala Freddie Ljungberg, yang merupakan salah seorang pemain skuad 'Invincible' pada musim 2003-4 telah menyertai Arsenal pada musim depan sebagai jurulatih skuad bawah-23 Arsenal.

Bagaimanapun nasib beberapa pemain Arsenal ketika ini turut 'tidak selamat' memandangkan aktiviti pembelian dan perpindahan pemain sedang rancak dijalankan oleh pihak Arsenal.

Jack Wilshere, pemain yang bakal menamatkan kontrak beliau bersama Arsenal pada penghujung bulan ini turut dilaporkan bertindak meninggalkan kelab selepas membuat pengumuman pada laman sosial Instagram beliau. 

A post shared by Jack Wilshere (@jackwilshere) on

Emery telah membawa masuk dua pemain pertahanan yang berpengalaman Stephan Lichsteiner (pertahanan kanan) dan Sokratis Papastathopoulos (pertahanan tengah) selain berjaya membawa masuk penjaga gol baru Bernd Leno dari Bayer Leverkusen yang baru diumumkan awal pagi tadi.

Selain itu, pemain tengah Uruguay, Lucas Torreira (holding midfielder) dijangka bakal diumumkan sebagai pemain terbaru Arsenal dalam masa terdekat dan kemungkinan besar selepas berakhirnya Kejohanan Piala Dunia 2018 Rusia.

Walaupun Arsenal berminat untuk mengekalkan Hector Bellerin, ketibaan Lichsteiner dan Sokratis pasti turut mengundang persoalan mengenai masa depan pemain-pemain pertahanan Arsenal sedia ada.

Keperluan untuk mendapatkan pertahanan tengah baru sememangnya merupakan agenda utama Arsenal, lebih-lebih lagi masalah kecederaan tendon achilles yang dialami oleh Laurent Koscielny disamping prestasi Mustafi yang turut menjadi persoalan.

Dan menjadi persoalan buat penulis untuk mengentahui taktikal yang bakal digunakan Emery pada bahagian pertahanan, adakah beliau bakal menggunakan tiga pemain ataupun empat pemain pertahanan.

Situasi ini bakal memberi impak kepada masa depan pemain-pemain muda seperti seperti Calum Chambers dan Rob Holding yang pasti inginkan masa bermain (beraksi) lebih banyak pada musim depan.

Serta kemasukan penjaga gol baru, Bernd Leno pasti memberi kesan kepada jumlah bilangan pemain didalam skuad sedia ada Arsenal.
Bernd Leno sah menjadi pemain Arsenal.
 Adakah Cech bakal dilepaskan ataupun Ospina bakal dilepaskan?

Napoli dilaporkan berminat untuk mendapatkan Cech secara pinjaman manakala Fenerbahce pula dikatakan mahukan penjaga gol kebangsaan Columbia, Ospina menyertai mereka musim depan.

Dan tidak mustahil untuk melihat salah seorang daripada mereka (Cech atau Ospina) bakal meninggalkan Arsenal musim depan.

Serta kemasukan pemain tengah Uruguay, Torreria turut akan meletakkan masa depan beberapa pemain berada dalam situasi tidak 'pasti'.

Walaupun Jack Wilshere telah mengesahkan bahawa beliau bakal meninggalkan Arsenal musim depan, barisan tengah Arsenal masih memiliki beberapa pemain tengah yang berkaliber seperti Ramsey, Xhaka dan Elneney.

Kehadiran Torreria mungkin memberi kesan kepada peluang mereka, terutamanya Granit Xhaka yang baru saja menandatangani kontrak baru selain Elneney yang turut memperbaharui kontrak beliau sebelum ini.

Cuma persoalan ketika ini menjurus kepada masa depan Ramsey yang masih belum memutuskan masa depan beliau bersama Arsenal setelah ditawarkan pembaharuan kontrak.

Selaku peminat dan penyokong Arsenal sudah tentu ianya merupakan perkara yang menggembirakan apabila melihat Arsenal berjaya membawa masuk nama-nama baru ke dalam skuad musim depan.

Namun dalam satu masa sudah pasti berasa sedih apabila melihat pemain-pemain kesayangan yang diminati meninggalkan Arsenal lebih-lebih lagi pemain yang berasal daripada akademi Arsenal yang mempunyai DNA Arsenal.

Pun begitu, setiap kejayaan memerlukan pengorbanan. Sedia atau tidak... sudah pasti sokongan terhadap Arsenal tidak pernah pudar.


#COYG #WeAreTheArsenal


Post a Comment

Previous Post Next Post