Arsenal tandatangani pemain baru yang ketiga, Lucas Torreira

Lucas Torreira bakal sertai Arsenal musim depan. Kredit foto: Twitter  Lucas Torreira 34

Selepas berjaya menandatangani pertahanan Juventus, Stephan Lichtsteiner dan pertahanan Borussia Dortmund, Sokratis Papastathopoulos, Arsenal dilaporkan telah melengkapkan perjanjian menandatangani pemain tengah bertahan (defensive midfield) Sampdoria.



Walaupun Arsenal masih belum mengumumkan mengenai status perpindahan yang melibatkan pemain pertahanan tengah Borussia Dortmund, namun dipercayai urusan perpindahan tersebut telah pun selesai dan ianya bakal diumumkan pada bulan depan (Julai 2018) dengan Sokratis Papastathopoulos sah menjadi milik The Gunners.

Dan perjanjian tersebut menjadikan Sokratis Papastathopoulos sebagai pemain kedua yang ditandatangani Arsenal bagi menghadapi saingan musim depan selepas berjaya mendapatkan Stephan Lichtsteiner.

Selepas laporan terdahulu (penghujung Mei) mengatakan Arsenal telah memulakan langkah awal dengan berunding untuk mendapatkan pemain tengah Sampdoria, Lucas Torreira yang memiliki klausa pelepasan berjumlah €25juta, kini ianya bagaikan penamat yang menceriakan buat peminat-peminat Arsenal apabila rundingan tersebut dikatakan menemui kata putus positif.


Setelah dua minggu laporan tersebut mengatakan rundingan Arsenal dan dua-dua pihak terbabit (Sampdoria dan Lucas Torreira) telah diadakan, terkini, media Itali (Gazzetta dello Sport) melaporkan bahawa persetujuan diantara Arsenal dan Sampdoria mengenai yuran perpindahan telah pun dipersetujui dan begitu juga persetujuan diantara Arsenal dan pemain itu turut dilaporkan telah pun selesai.

Torreira bakal menyertai Arsenal dengan gaji berjumlah €3juta setahun sebagaimana ianya dilaporkan dan dikicau oleh wartawan Itali, Alfredo Pedulla.

Manakala yuran perpindahan pula dikatakan Arsenal membayar lebih €5juta untuk menjadikan nilai perpindahan itu berjumlah €30 juta, berbanding €25 juta klausa pelepasan yang dimiliki oleh pemain itu.

Tidak dapat dipastikan kenapa Arsenal membuat bayaran lebih daripada apa yang diperlukan untuk menebus kontrak pemain tersebut. 😥

Dipercayai, Arsenal mengusulkan bayaran secara ansuran bagi menebus kontrak pemain tersebut yang menyaksikan lebih lima juta euro terpaksa ditambah.

Manakala media Uruguay, Ovacion turut melaporkan berita mengenai perpindahan pemain kebangsaan mereka itu ke Arsenal musim depan, namun terdapat perbezaan mengenai nilai perpindahan yang dipersetujui dimana Ovacion melaporkan perpindahan tersebut bakal bernilai €26juta.

Jika benar pemain kebangsaan Uruguay ini (Lucas Torreira) sah menyertai Arsenal musim depan, adakah ini memberi petanda bahawa Arsenal telah melepaskan seorang pemain tengah iaitu Jack Wilshere?

Ataupun adakah Xhaka akan dilepaskan ... ? Elneny...?

Nantikan pengumuman rasmi yang bakal dibuat Arsenal mengenai penjanjian perpindahan pemain muda Sampdoria ini. Difahamkan segalanya telah selesai dan pengumuman bakal dilakukan pada masa terdekat ataupun pada bulan Julai nanti.


Post a Comment

Previous Post Next Post