Sejarah Bola Rasmi EPL Semenjak Diperkenalkan

Nike telah menjadi Pembekal Bola Rasmi Liga Perdana Inggeris semenjak musim 2000/01.



Semenjak Liga Perdana Inggeris diperkenalkan pada tahun 1992, pengeluar barangan sukan British, Mitre merupakan pembekal bagi bola yang digunakan dalam liga tersebut sehinggalah Nike mengambil alih pada musim 2000/01.

Berikut adalah cerita (evolusi) bola rasmi yang digunakan dalam saingan Liga Perdana Inggeris sehingga kini.

1992-95: Mitre Pro Max

Bola pertama yang digunakan dalam Liga Perdana Inggeris.

Digunakan selama tiga musim (1992/1993 - 1994/1995) dengan penyerang Sheffield United, Brian Deane merupakan individu pertama menjaring gol menggunakan bola ini ketika menentang Manchester United.

Brian Deane, merupakan penjaring gol pertama dengan bola Mitre Pro Max pada musim 1992/93. Kredit foto: Eurosport
Pasukan yang menjuarai Liga Perdana Inggeris sepanjang tiga musim itu adalah:

  1. 1992/93 : Manchester United
  2. 1993/94 : Manchester United
  3. 1994/95 : Blackburn Rovers 


1995-2000: Mitre Ultimax

Selepas tiga musim dengan Pro Max, Mitre memperkenalkan Ultimax pada tahun 1995 dan bola ini digunakan dari musim 1995/96 sehingga 1999/00.

Ianya juga merupakan rekod dimana penggunaan bola ini adalah paling lama dalam sejarah Liga Perdana Inggeris, selama lima musim.

Musim pertama Ultimax digunakan menyaksikan Man. United memenangi gelaran juara liga.

Lagenda Arsenal, Ian Wright ketika aksi di Highbury dengan bola Ultimax. Kredit foto : Daily Mail

2000-04: Nike Geo Merlin

Peralihan abad ke-21 menyaksikan Liga Perdana Inggeris turut melakukan perubahan dalam penggunaan bola apabila Nike menggantikan Mitre selaku pembekal bola.

Dan semenjak itu, Nike menjadi pembekal bola rasmi Liga Perdana Inggeris sehingglah ke hari ini.

Geo Merlin mengekalkan reka bentuk putih klasik tahun-tahun sebelumnya namun hadir dengan pertambahan panel dan digunakan selama empat musim.





2004-08: Nike T90 Aerow

Siri T90 Aerow meninggalkan kesan kepada beberapa pasukan yang menjuarai Liga Perdana Inggeris.

Dengan reka bentuk yang menampilkan bulatan biru ianya merupakan satu perubahan (yang pertama) diperkenalkan oleh Nike.

Digunakan selama empat musim dengan menyaksikan Chelsea berjaya merangkul gelaran juara buat kali pertama semenjak Liga Perdana Inggeris diperkenalkan

Dua musim pertama T90 diperkenalkan, Thierry Henry telah menjaringkan 25 gol untuk dinobatkan selaku penjaring terbanyak liga pada musim 2004/05 dan pada musim 2005/06 dengan 27 gol untuk meletakkan lagenda Arsenal itu selaku penjaring gol terbanyak bagi dua musim berturut-turut.

Dan sepanjang empat musim bola ini digunakan, hanya dua pasukan yang muncul juara liga iaitu Chelsea (2004/05 dan 2005/06) dan Manchester United pada dua musim berikutnya.


2008-09: Nike T90 Omni


Musim 2008/09 menyaksikan Nike memperkenalkan T90 Omni dengan mendakwa bahawa bola ini merupakan paling bulat (sfera) yang pernah dihasilkan mereka (Nike).

Nike turut mendakwa T90 Omni membolehkan pemain bolasepak  mampu menghasilkan sepakan yang paling padu (kelajuan bola).

Pun begitu, T90 Omni hanya digunakan satu musim sahaja dan Manchester United merupakan Juara Liga pada musim 2008/09.

Dan dari musim ini jugalah makan bermulanya Nike memperkenalkan bola baru setiap musim.




Musim 2018/19 menjadi musim yang ke-19 Nike membekalkan bola rasmi perlawanan Liga Perdana Inggeris apabila memperkenalkan NIKE MERLIN.


Video Evolusi Bola Rasmi Liga Perdana Inggeris



Ringkasan
No. Musim Juara Bola
1 1992–93 Manchester United Mitre Pro Max
2 1993–94 Manchester United Mitre Pro Max
3 1994–95 Blackburn Rovers Mitre Pro Max
4 1995–96 Manchester United Mitre Pro Max
5 1996–97 Manchester United Mitre Ultimax
6 1997–98 Arsenal Mitre Ultimax
7 1998–99 Manchester United Mitre Ultimax
8 1999–2000 Manchester United Mitre Ultimax
9 2000–01 Manchester United Mitre Ultimax
10 2001–02 Arsenal Nike Geo Merlin
11 2002–03 Manchester United Nike Geo Merlin
12 2003–04 Arsenal Nike Geo Merlin Vapor
13 2004–05 Chelsea Nike Geo Merlin Vapor
14 2005–06 Chelsea Nike Total 90 Aerow II
15 2006–07 Manchester United Nike Total 90 Aerow II
16 2007–08 Manchester United Nike Total 90 Aerow II
17 2008–09 Manchester United Nike Total 90 Omni
18 2009–10 Chelsea Nike T90 Ascente
19 2010–11 Manchester United Nike Tracer
20 2011–12 Manchester City Nike Seitiro
21 2012–13 Manchester United Nike Maxim
22 2013–14 Manchester City Nike Incyte
23 2014–15 Chelsea Nike Ordem 2
24 2015–16 Leicester City Nike Ordem 3
25 2016–17 Chelsea Nike Ordem 4
26 2017–18 Manchester City Nike Ordem 5
27 2018-19 Nike Merlin

Nike Merlin yang akan digunakan bagi musim 2018/19.
Sumber : Premier League, Daily Mail

Post a Comment

Previous Post Next Post