Wakil pemain tengah Man United dijangka bertemu Arsenal minggu ini

Wakil pemain tengah Man United dijangka bertemu Arsenal minggu ini. Kredit foto : JOE.co.uk

Selepas gagal dalam mencapai persetujuan bersama AC Milan ekoran permintaan gaji yang tidak mampu dipenuhi oleh kelab Itali itu, wakil Marouane Fellaini dikatakan bakal berjumpa dengan Arsenal pada minggu ini.


Keengganan AC Milan untuk memenuhi tuntutan gaji Fellani yang berjumlah kira-kira €120,000 (£105k) seminggu selepas cukai menyebabkan ejen pemain itu mula mencari alternatif lain.

Dan menurut wartawan Foot 360, Patrick Juillard Arsenal dikatakan berminat untuk mendapatkan Fellaini pada perpindahan ini secara percuma.

Namun menjadi persoalan ketika ini adalah mampukah Arsenal memenuhi tuntutan gaji sebagaimana pemain ini membuat permintaan terhadap AC Milan.

Kontrak Fellaini, 30 tahun bakal berakhir pada penghujung bulan ini bersama Manchester United dan rundingan bersama kelab itu dikatakan menemui kegagalan kerana peluang beraksi yang kurang diterima Fellaini bersama pasukan itu.

Rekod penampilan musim 2017/18
Saingan Penampilan Gol Bantuan Gol Minit Permainan
Premier League 16 4 - 612'
Champions League 3 1 1 221'
FA Cup 3 - - 11'
UEFA Supercup 1 - - 34'
EFL Cup - - - -
JUMLAH 23 5 1 878'

Post a Comment

Previous Post Next Post