Arsenal mahukan penjaga gol Barcelona, Jasper Cillessen.

Arsenal mahukan penjaga gol Barcelona, Jasper Cillessen. Kredit foto : FC Barcelona

Jasper Cillessen, 29 tahun merupakan penjaga gol kedua Barcelona selepas Ter Stegen menjadi pilihan utama Ernesto Valverde untuk posisi tersebut.



Jika sebelum ini, Arsenal dikatakan berminat untuk membawa Bernd Leno daripada Bayern Leverkusen sebagaimana laporan terdahulu,  kini menurut laporan media Sepanyol Sport, mereka mendakwa bahawa Arsenal dan Chelsea berminat untuk mendapatkan khidmat penjaga gol kebangsaan Belanda itu.

Jasper Cillessen, sebelum ini turut pernah dikaitkan dengan Liverpool dan menurut laporan tersebut, Chelsea dikatakan berminat untuk mendapatkan Cillessen setelah Liverpool mula beralih sasaran daripada mendapatkan penjaga gol Barcelona itu kepada Thibaut Courtois (penjaga gol Chelsea).

Dan Unai Emery pula dikatakan mahu mencari pengganti kepada Petr Cech yang semakin dimamah usia (semakin tua).

Laporan itu juga menyebut dimana Arsenal dan juga Chelsea dikatakan telah pun menghubungi Barcelona dengan membuat pertanyaan mengenai prospek perpindahan pemain itu.

Namun Barcelona dikatakan tidak berminat untuk melepaskan penjaga gol mereka walaupun Cillessen dikatakan mahu berpindah bagi mendapatkan lebih banyak peluang beraksi.

Rekod Penampilan Musim 2017/18
Saingan Penampilan Minit Permainan
Copa del Rey 9 810'
Champions League 1 90'
LaLiga 1 90'
Supercopa - -
JUMLAH 11 990'

Dengan nilai pelepasan (release clause) Jasper Cillessen bersama Barcelona yang bernilai €60 juta (£52.7 juta), adalah sukar untuk mempercayai mana-mana kelab terutamanya Arsenal sanggup membayar nilai yang begitu tinggi bagi pemain yang jarang beraksi dalam saingan musim lalu.

Begitu juga dengan nilai yang dikatakan menjadi permulaan untuk Barcelona memulakan rundingan bagi mana-mana pihak berminat untuk mendapatkan Cillessen juga dianggap tinggi iaitu sekitar €35 juta (£31 juta).

Dan dibandingkan dengan Bernd Leno, adalah lebih baik jika Arsenal mendapatkan penjaga gol Bayer Leverkusen itu.

Selain murah, dimana klausa pelepasan Leno hanya bernilai £22 juta sahaja, umur penjaga gol ini juga masih muda (26 tahun) jika dibandingkan dengan Jasper Cillessen.

Serta dari sedut penampilan pula, Leno juga jauh meninggalkan Cillessean dimana pada musim lalu  beliau telah membuat 33 penampilan liga dan lima penampilan dalam saingan DFB Pokal.

Post a Comment

Previous Post Next Post