Wilshere patut tinggalkan Arsenal dan sertai West Ham.

Wilshere patut tinggalkan Arsenal dan sertai West Ham. Kredit foto: The Week UK

Bekas penyerang Arsenal, Paul Mariner nasihatkan Jack Wilshere supaya tinggalkan Arsenal dan serta Manuel Pellegrini di West Ham United dalam temu bual bersama ESPN.



Paul Mariner, 65 tahun pernah beraksi bersama Arsenal pada tahun 1984 sehingga 1986 dan telah membuat 60 penampilan dengan 14 gol dijaringkan beliau.

Paul Mariner merupakan pundit ESPN ketika ini dan pernah beraksi bersama Asenal pada tahun 1984 sehingga 1986. Kredit gambar :Arsenal.com
Selepas bersara selaku pemain bolasepak, beliau kemudiannya menjadi pengurus pasukan dengan pasukan terakhir yang dibimbingnya adalah Toronto FC yang beraksi dalam saingan Major League Soccer.

Selepas meninggalkan Toronto FC pada tahun 2013, beliau kini lebih dikenali sebagai pundit dan bekerja bersama ESPN.

Dalam program terbaru ESPN yang dikeluarkan minggu ini, beliau telah memberikan pendapat mengenai masa depan Jack Wilshere bersama Arsenal.

Menurut beliau, Wilshere yang kontrak bakal berakhir bersama Arsenal hujung bulan ini sepatutnya meninggalkan Arsenal dan menyertai West Ham.

"Dia perlu dapatkan cabaran baru, ia terlalu selesa di Arsenal," jelasnya.

"Saya fikir jika dia pergi ke West Ham, mereka akan memberikan sesuatu yang baru kepada dia dengan pengurus baru berada di sana."

"Saya ingin melihat Jack pergi, saya ingin melihatnya pergi ke kelab baru. Saya fikir di West Ham, mereka sedikit dalam fasa pembinaan semula, pengurus baru masuk. Dapatkan diri anda di sana Jack dan tunjukkan semua orang apa yang anda ada."

"Bagi saya, Jack kelihatan sedang menunggu rundingan untuk bercakap dengan pengurus baru (Unai Emery) mengenai kontraknya. Ia seolah-olah tidak akan menjadi kenyataan."

"Adakah ini menjadi langkah yang baik? Saya telah mengatakan beberapa kali (dalam rancangan) ESPN FC sebelum ini bahawa dia memerlukan perubahan 'angin baru'."

Mengenai alasan Mariner yang mengatakan bahawa Jack Wilshere terlalu selesa bersama Arsenal, penulis bersetuju dengan pendapat beliau.

Malahan boleh dikatakan kesemua pemain Arsenal begitu selesa sebelum ini (ketika era Wenger), namun untuk mencadangkan agar Wilshere menyertai West Ham dengan alasan pasukan itu mempunyai pengurus baru adalah sukar untuk diterima penulis.

Ini kerana Arsenal ketika ini juga menerima pengendali baru iaitu Unai Emery.

Adakah berbaloi untuk mengekalkan pemain ini? Ataupun lebih berbaloi melepaskan beliau?

Penulis sendiri kagum dengan keazaman dan usaha yang ditunjukkan Wilshere dalam mengembalikan kecergasan beliau selain mengekalkan tahap kesihatan beliau (tidak cedera untuk tempoh lama) setelah kembali daripada pinjaman bersama Bournemouth.

Dan penulis sendiri mengakui bakat dan kebolehan yang ada pada Wilshere. Pun begitu, mengambil kira faktor kecederaan yang menghalang pemain ini daripada terus berkembang maju juga perlu diberikan perhatian.

Kekal atau tidak segalanya bergantung kepada Emery dan Wilshere sendiri serta diharapkan isu ini dapat diselesaikan dengan baik dan dengan segera memandangkan Arsenal perlu melakukan persiapan dalam menghadapi musim baru (musim depan) dengan pengendali baru.

Apa kata anda?

Post a Comment

Previous Post Next Post