Yacine Adli sertai Arsenal bakal tandatangani kontrak dalam masa terdekat

Yacine Adli bakal sertai Arsenal dengan dilaporkan akan menandatandatangani kontrak dalam masa terdekat. Kredit foto : Football Whispers

Lima tahun selepas menyertai akademi Paris Saint-Germain (PSG) dari AS Villejuif pada tahun 2013, beliau telah membuat penampilan pertama bersama skuad utama PSG sebagai pemain gantian dalam saingan terakhir liga musim 2017/18 menentang Caen.



Yacine Adli, 17 tahun merupakan pemain tengah menyerang (attacking midfielder center) kelahiran Perancis yang turut memiliki kerakyatan Algeria, dikatakan seorang pemain berbakat besar dalam dunia bolasepak Perancis.

Beliau turut pernah mewakili skuad kebangsaan Perancis U16 dan U17 sebelum dipanggil menyertai skuad U18 pada Oktober 2017.

Bersama skuad U18 Perancis, beliau telah membuat dua penampilan dengan dua gol berjaya dijaringkan beliau setakat ini.

Unai Emery, individu bertanggungjawab memberi peluang kepada pemain muda ini untuk beraksi bersama skuad utama PSG dalam saingan liga dikatakan mahu membawa pemain ini menyertai Arsenal musim depan.

Menurut laporan media Perancis, France Football, Emery  mahu menandatangani Adli pada musim panas ini  dan turut dilaporkan bahawa pemain muda itu kini semakin hampir menyertai Arsenal.

Selain Arsenal yang dikatakan berminat untuk membawa pemain muda ini pada musim depan, Real Madrid dan Bayern Munich juga dipercayai berminat untuk mendapatkan Adli.

Selain itu France Football turut melaporkan bahawa PSG telah pun membuat tawaran menarik dalam pembaharuan kontrak Adli bagi mengekalkan pemain tersebut bersama mereka musim depan.

Walau bagaimanapun, pihak Arsenal dikatakan telah meyakinkan pemain muda PSG ini dengan perancangan baru untuk Adli selain beberapa jaminan termasuklah masa bermain.

Laporan sebuah lagi media Perancis, L'Equipe turut menyokong dakwaan ini dengan mengatakan bahawa Adli seharusnya kini menyertai Arsenal.

Laporan  L'Equipe yang menyokong dakwaan  Adli menyertai Arsenal.
Media Perancis itu juga melaporkan mengenai tawaran projek sukan yang lebih baik dan beberapa jaminan mengenai masa bermain buat Adli bersama Arsenal.

Melihatkan perkembangan khabar angin ini, ianya kelihatan seperti perkara yang tidak mustahil buat Adli menyertai Arsenal musim depan.

Post a Comment

Previous Post Next Post