Rekod 15 pemain yang dipinjamkan musim 2017/18

Rekod 15 pemain yang dipinjamkan musim 2017/18. Kredit foto : Daily Express

Seramai 15 pemain Arsenal telah dipinjamkan (loan out) pada musim lalu (2017/18) dengan ada diantara mereka dipinjamkan sebanyak dua kali pada dua jendela perpindahan musim lalu.


Daripada 15 pemain yang dipinjamkan itu, ada yang mampu beraksi cemerlang dan ada juga yang kurang mendapat peluang bersama pasukan 'sementara' mereka itu.

Senarai 15 pemain yang dipinjamkan.
# Pemain Dipinjamkan ke Tarikh Mula Tarikh Tamat
1 Takuma Asano Stuttgart 22 Jun 2017 30 Jun  2018
2 Marc Bola Bristol Rovers 14 Julai 2017 30 Jun  2018
3 Emiliano Martinez Getafe 2 Ogos 2017 30 Jun 2018
4 Stephy Mavididi Preston North End 4 Ogos 2017 1 Januari 2018
Charlton 3 Januar1 2018 30 Jun 2018
5 Carl Jenkinson Birmingham City 31 Ogos 2017 30 Jun 2018
6 Cohen Bramall Birmingham City 31 Ogos 2017 30 Jun 2018
7 Kelechi Nwakali VVV-Venlo 31 Ogos 2017 30 Jun 2018
8 Lucas Perez Deportivo La Coruna 31 Ogos 2017 30 Jun 2018
9 Joel Campbell Real Betis 31 Ogos 2017 30 Jun 2018
10 Tafari Moore Wycombe Wanderers 12 Januar1 2018 30 Jun 2018
11 Ben Sheaf Stevenage 26 Januar1 2018 30 Jun 2018
12 Julio Pleguezuelo Gimnàstic de Tarragoa 31 Januari 2018 30 Jun 2018
13 Krystian Bielik Walsall 31 Januari 2018 30 Jun 2018
14 Jeff Reine-Adélaïde Angers 31 Januari 2018 30 Jun 2018
15 Chuba Akpom Sint-Truidense 31 Januari 2018 30 Jun 2018

Namun tidak kurang juga ada pemain yang mendapat tempat namun masih dikira gagal mengambil peluang tersebut untuk menyinar.

Lucas Perez gagal menggunakan peluang bersama Deportivo. Kredit foto : Arsenal
Bagi pemain senior, Lucas Perez paling mengecewakan apabila gagal menyinar bersama pasukan Deportivo, dengan 37 penampilan sepanjang musim itu (bagi kesemua kejohanan), beliau hanya mampu menjaringkan sembilan gol.

Rekod penampilan musim 2017/19.
Saingan Penampilan Gol Assists
LaLiga 35 8 6
Copa del Rey 2 1 2
JUMLAH 37 9 8

Prestasi mengikut posisi.
Posisi Penampilan Gol Assists
Centre-Forward 29 9 6
Right Wing 6 - 2
Secondary Striker 1 - -
Left Wing 1 - -

Nasib lebih malang menimpa Joel Campbell, apabila menyertai kelab Real Betis dengan keadaan masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan lutut (beliau menyertai pasukan tersebut selepas menjalani pembedahan lutut).



Terlepas lima perlawanan pertama liga setelah menyertai kelab tersebut, beliau membuat penampilan dengan penuh bergaya apabila menjaringkan satu gol dan satu bantuan gol ketika pasukan itu mengalami kekalah 3-6 kepada Valencia.

Campbell hanya berehat di Real Betis.
Beliau hanya membuat dua perlawanan berikutnya sebelum mengalami kecederaan yang memaksa beliau berehat panjang dan membuat lima kemunculan singkat dalam perlawanan liga (saingan) yang menuju ke pengakhiran (penamat saingan liga).

Carl Jenkinson mengalami kecederaan bahu pada penampilan pertama bersama Birmingham. 
Begitu juga nasib yang menimpa Jenkinson, beliau hanya sempat beraksi 32 minit pertama pada perlawanan kemunculan beliau bersama Birmingham City sebelum mengalami kecederaan bahu yang memaksa beliau berehat panjang.

Jenkinson hanya kembali beraksi pada pertengahan Januari, namun khidmat beliau selepas itu jarang digunakan apabila hanya enam kali sahaja diturunkan serta jarang disenaraikan didalam skuad Birmingham.



Bagi pemain muda, Krystian Bielik merupakan pemain yang paling 'malang' apabila gagal beraksi bersama pasukan 'sementara' beliau iaitu Walsall FC.


Beliau menyertai Walsall FC pada 31 Januari 2018, selepas sembuh daripada kecederaan bahu yang dialami beliau pada September 2017 ketika aksi bersama skuad U23 Arsenal.

Namun sayangnya, beliau gagal mendapat tempat bersama kelab itu selepas sekali lagi mengalami kecederaan.

Dan kali ini beliau mengalami kecederaan pada lututnya yang sekaligus membuatkan beliau gagal membuat sebarang penampilan bersama kelab tersebut.

Berikut adalah rekod penampilan dan prestasi 15 pemain yang dipinjamkan Arsenal.
*Bagi pengguna mobile phone, sila slide ke kiri untuk melihat jadual penuh.
# Pemain Posisi Umur Ke Kelab Penampilan Gol Assists
1 Lucas Perez Centre-Forward 29 Deportivo La Coruna -La Liga 37 9 8
2 Joel Campbell Winger 25 Real Betis - La Liga 9 2 1
3 Jeff Reine-Adelaide Winger / Attacking midfielder 20 Angers - Ligue 1 9 - -
4 Carl Jenkinson Right-back 26 Birmingham City - Championship 9 - -
5 Ben Sheaf Defensive midfielder 20 Stevenage - League 2 10 - -
6 Emi Martinez Goalkeeper 24 Getafe - La Liga 6 9 bolos 2 clean sheets
7 Stephy Mavididi Centre-forward 20 Preston North End – Championship 11 - -
Charlton Athletic – League One 20 2 1
8 Marc Bola Left-back 20 Bristol Rovers – League One 23 - 1
9 Krystian Bielik Centre-back 20 Walsall FC – League One - - -
10 Chuba Akpom Centre-forward 22 Sint-Truiden – Juliper League (Belgium) 16 6 1
11 Takuma Asano Centre-forward / Winger 23 VfB Stuttgart – Bundesliga 20 2 2
12 Cohen Bramall Left-back 22 Birmingham City – Championship 8 - -
13 Tafari Moore Right-back 20 Wycombe Wanderers – League Two 13 - -
14 Julio Pleguezuelo Centre-back 21 Gimnastic – La Liga 2 9 - -
15 Kelechi Nwakali Winger / Attacking-midfielder 19 VVV-Venlo – Eredivisie 12 1 -
MVV Maastricht – Eerste Divisie 18 4 1


Post a Comment

Previous Post Next Post