10 perkara mengenai pendaftaran pemain Liga Perdana Inggeris.

Berikut adalah 10 perkara mengenai pendaftaran pemain bagi Liga Perdana Inggeris bagi kefahaman anda.


1 - Kesemua kelab Liga Perdana Inggeris mesti menyerahkan / menghantar senarai pemain skuad  dimana mereka boleh mendaftarkan maksimum 25 pemain pada 1 September sebelum jam 4 petang (BST).

 2 - Senarai pemain yang diserahkan untuk pendaftaran mestilah mengandungi sekurang-kurangnya 8 pemain 'home-grown'.

3 - Pemain 'home-grown' tidak semestinya pemain Inggeris. Mengikut Liga Perdana Inggeris, pemain 'home-grown' ini ditakrifkan sebagai seorang yang tanpa mengira kewarganegaraan atau umurnya, telah didaftarkan dengan mana-mana kelab yang bergabung dengan Persatuan Bola Sepak England atau Persatuan Bola Sepak Wales untuk tempoh secara berterusan atau tidak, atau telah bersama selama tiga musim, atau 36 bulan sebelum berusia 21 tahun (dimana dipenghujung musim itu pemain tersebut genap berusia 21 tahun).

4 -  Bagi senarai 25 pemain yang didaftarkan atau yang diserahkan itu, kelab boleh menggunakan pemain-pemain di bawah umur 21 tahun tanpa had (bilangan). Pemain bawah umur 21 tahun ini ditarifkan sebagai pemain berusia bahawa 21 tahun pada 1 Januari bagi musim itu bermula.

5 - Kelab boleh membuat perubahan kepada skuad mereka tetapi hanya dibenarkan pada jendela perpindahan dibuka, jadi selepas sahaja senarai tersebut diserahkan, kelab akan terikat dengan senarai skuad tersebut sehingga Januari. Hanya dalam keadaan tertentu sahaja ianya dibenarkan membuat pertukaran seperti krisis penjaga gol dan sebarang perubahan di luar waktu jendela perpindahan mestilah mendapat kelulusan Ahli Lembaga Pengurusan Liga Perdana Inggeris.

6 - Setelah jendela perpindahan dibuka kembali, tiada sebarang sekatan mengenai beberapa ramai pemain yang mahu ditukarkan dan kelab menggantikan keseluruhan senarai 25 pemain terdahulu jika mampu namun syarat pemain 'home-grown' haruslah dipatuhi.



7 - Walaupun pemain tidak dinamakan dalam senarai skuad 25 orang, mereka masih boleh bermain untuk kejohanan ataupun saingan Piala FA, Piala Liga, Liga Juara-Juara atau Liga Europa (bagi kejohanan eropah, tertakluk kepada syarat pendaftaran kejohanan tersebut).

8 - Pemain yang berada dalam senarai 25 pemain yang diserahkan kepada Liga Perdana Inggeris, tidak boleh digantikan dengan pemain lain seandainya terdapat mana-mana pemain dipinjamkan kepada kelab lain namun pemain yang dipinjamkan itu mampu beraksi jika kembali kepada pasukan asal.

 9 - Kelab tidak perlu menamakan skuad penuh 25 pemain jika mereka tidak mempunyai pemain yang mempunyai kontrak bersama mereka dan dalam hal ini mereka boleh menambah mana-mana ejen bebas (pemain yang tidak terikat dengan mana-mana kelab) di luar jendela perpindahan. Walau bagaimanapun, jika mereka mempunyai cukup 25 pemain yang layak (mempunyai kontrak ataupun terikat dengan kelab), pemain-pemain ini mestilah dinamakan / didaftarkan.

10 - Jika kelab tidak memiliki 8 pemain 'home-grown', mereka tidak perlu melengkapkan senarai 25 pemain dan jumlah pemain yang dibenarkan turut berkurangan. Contoh: jika kelab hanya memiliki 6 pemain home-grown, maka senarai yang dibenarkan untuk didaftar adalah 23 pemain. Dan ianya tidak menyalahi asalkan kelab tidak mendaftar melebihi 17 pemain luar.

Erti kata lain, 17 pemain luar (bukan home-grown) adalah maksimum dan ditambah dengan 8 pemain home-grown menjadikan ianya 25 pemain.

Contoh lain:
17 pemain luar + 5 pemain home-grown = 22 pemain (pengurangan 3 pemain daripada senarai 25 pemain).
17 pemain luar + 3 pemain home-grown = 20 pemain (pengurangan 5 pemain daripada senarai 25 pemain).

Dan maksud home-grown ini untuk mudah difahami adalah pemain yang dilahirkan daripada akademi kelab-kelab Inggeris atau Wales yang telah bersama kelab selama (sekurang-kurangnya) 3 tahun (musim) sebelum mencecah 21 tahun.




Sumber rujukan : The FA, Daily Mail, Premier League

Post a Comment

Previous Post Next Post