Unai Emery mahukan Arsenal mempunyai lima kapten

Unai Emery percaya Arsenal harus mempunyai lima kapten yang berpotensi di kalangan pemain mereka untuk memulakan musim baru.



Laurent Koscielny merupakan kapten kelab ketika ini selepas persaraan Per Metersacker bulan lalu. Beliau merupakan timbalan kapten musim lalu akan terus dikekalkan untuk memikul tanggungjawab selaku kapten bagi mengharungi musim 2018/19.

Pengesahan tersebut dibuat Emery sebagaimana diterbitkan pada laman rasmi Arsenal, namun pengendali baharu Arsenal itu berharap Arsenal mampu memiliki sekurang-kurangnya lima calon berpotensi untuk memikul tugas tersebut.

"Idea saya ialah untuk mengenali setiap pemain dan mengetahui personaliti mereka," kata Emery. 

"Kemudian idea pertama saya adalah untuk memiliki lima kapten dalam pasukan. Tetapi pada masa ini saya masih tidak mengenali dan mengenalpasti nama-nama tersebut."

"Koscielny adalah kapten pertama sekarang, dan saya menghormati perkara itu."

Koscielny dikekalkan sebagai kapten Asenal musim depan (2018/19).
"Kemudian kami mencari pemain mempunyai keperibadiannya yang terbaik didalam bilik persalinan."

"Kami mahu menghormati para pemain ini dan mencari kapten." 

"Saya mahu pasukan memiliki keyakinan, keperibadian, dan intensiti. Saya mahu mereka menjadi protagonis dalam setiap perlawanan."

"Saya mahu semua pemain menunjukkan kualiti terbaik mereka di padang dalam setiap sesi latihan dan setiap perlawanan."


Arsenal kembali ke latihan pra-musim minggu ini dan akan menentang Boreham Wood jam 10 malam ini (waktu Malaysia) bagi perlawanan pertama  pra musim dan anda boleh menonton perlawanan tersebut secara langsung di laman www.arsenal.com.



Post a Comment

Previous Post Next Post