5 pemain 'home-grown' terbaik dalam sejarah Arsenal



No.3 - Jack Wilshere

Boleh dikatakan pemain akademi Arsenal yang cukup berbakat jika tidak mengalami kecederaan.

Walaupun bermula di Akademi Luton Town, namun jangka masa beliau bersama program akademi kelab tersebut tidaklah begitu lama (kurang daripada setahun) dan Wilshere ketika itu berusia 8 tahun, melayakkan beliau beliau berada didalam senarai pilihan kami. 

Namun bertindak meninggalkan Arsenal setelah gagal dalam rundingan pembaharuan kontrak baru-baru ini.

Beliau merupakan antara pemain termuda dalam sejarah yang membuat penampilan dalam Liga Perdana Inggeris apabila masuk menggantikan Robin van Persie pada minit ke-84 dalam perlawanan yang berkesudahan Arsenal menang 4-0 keatas Blackburn pada September 2008.

Beliau berjaya menjaringkan gol pada penampilan kedua bersama skuad utama Arsenal ketika mencapai kemenangan 6-1 ke atas Sheffield United dalam saingan Piala Liga.

Bersama Arsenal beliau telah membuat 198 penampilan bersama skuad utama dengan 14 gol dan 30 bantuan gol dihasilkan beliau.

Kelab Penampilan Jaringan Bantuan Gol
Arsenal FC (skuad utama) 198 14 30
Arsenal FC U23 11 1 4
JUMLAH 209 15 34

Rekod penampilan bersama skuad England
Skuad Penampilan Gol
England 34 2
England U21 7 -
England U19 1
England U17 9
England U16 2


Post a Comment

Previous Post Next Post