Agensi (ejen pemain) yang mewakili Aaron Ramsey nafi kontrak 5 tahun

Kontrak Aaron Ramsey bakal berakhir pada penghujug musim depan (2018/19) dan dilaporkan bahawa rundingan pembaharuan kontrak tersebut telah dipersetujui.

Ketika Arsenal sibuk dalam urusan pembelian pemain baru, rundingan pembaharuan kontrak Ramsey masih menemui jalan buntu.

Setakat ini Arsenal telah berjaya membawa masuk lima muka baru bagi memperkuatkan barisan skuad kendalian Unai Emery menjelang musim 2018/19.

Bernd Leno, Stephan Lichtsteiner, Sokratis Papastathopoulos, Lucas Torreira dan Matteo Guendouzi telah selamat diumumkan sebagai pemain baru Arsenal dan ini pasti memberi kelegaan serta kegembiraan kepada penyokong dan peminat.

Namun, masa depan pemain tonggak Arsenal, Aaron Ramsey masih menjadi tanda tanya.

Tidak keterlaluan untuk mengatakan jika gagal dalam rundingan pembaharuan kontrak, kemungkinan besar untuk Arsenal melepaskan (menjual) Ramsey pada jendela perpindahan musim panas ini adalah tidak mustahil.

Sudah pasti Arsenal tidak mahu mengulangi kisah Alexis Sanchez, Mesut Ozil dan Jack Wilshere yang berada ditahun terakhir kontrak mereka berulang.

Melainkan mereka (pihak pengurusan Arsenal) benar-benar sanggup menghadapi risiko kehilangan pemain secara percuma.

Bagaikan mengambil kesempatan, terdapat laporan tidak rasmi mengatakan bahawa rundingan kontrak Ramsey bersama Arsenal telah pun dimuktamadkan dengan Ramsey menandatangani kontrak selama lima tahun.

Namun perkara tersebut dinafikan oleh agensi dimana Ramsey bernaung dibawah ejen pemain itu.

Avid Sports & Entertainment Group merupakan syarikat dimana Ramsey bernaung (ejen pemain) dan pihak pengurusan syarikat tersebut telah membalas satu kenyataan pada laman twitter yang seterusnya menafikan mengenai rundingan kontrak tersebut telah pun selesai.
Melihatkan situasi ini dan ditambah dengan khabar angin yang mengaitkan perpindahan pemain lain ke Arsenal, ianya seolah-olah memberi gambaran bahawa perkara (Ramsey) meninggalkan Arsenal mungkin terjadi.

Namun diharapkan pihak Arsenal, Ramsey dan Emery mampu menyelesaikan segera bagi memberi fokus dalam menghadapi saingan musim depan.

Dan semoga situasi sama (musim lalu) tidak berulang dengan menyaksikan prestasi longlai Arsenal yang dikatakan berpunca daripada masalah kontrak pemain yang bakal berakhir - uncertainty, boleh menyebabkan suasana bilik persalinan tidak harmoni.

Post a Comment

Previous Post Next Post