Thierry Henry tinggalkan Sky Sport demi memburu matlamat dan karier bolasepak beliau

Henry tinggalkan Sky Sports selepas menyertai rangkaian TV itu pada tahun 2015. Kredit foto :Sky Sports

Thierry Henry tinggalkan Sky Sports demi mengejar impian untuk menjadi seorang pengurus.



Sky Sports semalam (16 Julai), mendedahkan Thierry Henry tidak lagi bersama mereka selepas ini, yang mana Henry merupakan pundit bagi program bolasepak yang diterbitkan mereka.

Henry menyertai rangkaian televisyen tersebut pada tahun 2015 selepas bersara selaku pemain bolasepak dan menurut Mirror, Henry menerima kira-kira £4 juta setahun untuk khidmat yang diberikan oleh bekas pemain Arsenal itu.

Thierry Henry quits £4million-a-year Sky Sports deal to pursue dream of becoming a manager.

Legenda Arsenal itu membuat keputusan mengejutkan selepas membantu Belgium dan Roberto Martinez menamatkan saingan di tempat ketiga pada Kejohanan Piala Dunia 2018 Rusia dengan mengalahkan England 2-0.

Pengalaman beliau di Rusia untuk kejohanan tersebut telah meningkatkan minatnya untuk lebih berjaya dalam bidang pengurusan dan beliau telah membuat kenyataan pada laman sosial Twitter beliau:

"Pengalaman ini membuatkan saya lebih bertekad untuk memenuhi cita-cita jangka panjang saya untuk menjadi pengurus bolasepak."

"Dalam kesedihan, dengan ini, saya telah memutuskan bahawa saya harus meninggalkan Sky Sports untuk membolehkan saya menghabiskan lebih banyak masa di padang dan menumpukan perhatian pada perjalanan saya untuk mencapai matlamat itu."

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang di Sky kerana membuat saya berasa sangat gembira dan selesa sepanjang bersama mereka dan saya mendoakan yang terbaik buat mereka semua untuk masa hadapan. Kenangan yang sukar untuk dilupakan."

Keputusan Henry itu menyaksikan beliau mengikuti bekas pemain yang juga pundit untuk BT Sport, Steven Gerrard dan Frank Lampard untuk meninggalkan dunia pundit.

Gerrard kini menjadi pengendali Rangers yang bersaing di Liga Scotland manakala Lampard  pula memikul bertanggungjawab di Derby County.

Henry sebelum ini enggan melepaskan tugas beliau bersama Sky Sports (selaku pundit) ketika bekas pengurus Arsenal, Arsene Wenger meminta beliau berbuat demikian bagi memberikan perhatian kepada akademi Arsenal (jurulatih akademi).

Post a Comment

Previous Post Next Post