Andy Cole pemain yang dilahirkan daripada Akademi Arsenal.

Mungkin tidak ramai yang menyedari pemain lagenda dan bekas bintang Manchester United, Andy Cole merupakan pemain yang dilahirkan daripada akademi Arsenal.



Cole memulakan karier awal sebagai pemain muda untuk Arsenal pada tahun 1988 dan menandatangani kontrak profesional pada tahun berikutnya, 1989. 

Beliau hanya membuat satu penampilan sahaja dalam aksi liga disepanjang karier beliau (1989–1992) bersama Arsenal dan satu-satunya penampilan beliau bersama skuad utama Arsenal adalah pada perlawanan menentang Sheffield United di Highbury, 29 Disember 1990 dan beliau ketika itu baru berusia 20 tahun.

Walaupun Arsenal berjaya mencatat kemenangan besar (4-1) keatas Sheffield United, namun beliau gagal menjaringkan gol pada perlawanan tersebut dimana beliau hanya beraksi (masuk) sebagai pemain gantian.

Gol Arsenal dijaringkan oleh Dixon minit ke-50 (penalti), Thomas minit ke-70, Smith minit ke-84' dan minit ke-86.

Arsenal 4-1 Sheffield United (29 Disember 1990)

Beliau juga membuat penampilan sulung pada musim 1991/92 ketika menentang Tottenham Hotspur pada saingan Piala Perisai Komuniti (Community Shield) apabila masuk menggantikan Kevin Campbell pada minit ke-79.



Beliau hampir menghasilkan impak serta-merta selepas rembatan beliau dari luar kawasan penalti nyaris menerjah gawang gol Spurs, namun tersasar disebelah tepi.

Arsenal vs Tottenham Hotspur - rembatan Cole nyaris menghasilkan gol.

Cole kemudiannya dipinjamkan ke Fulham (1 September 1991) yang beraksi di Division Tiga, dimana beliau telah menjaringkan tiga gol dalam 13 penampilan.

Pada Mac 1992, beliau kemudiannya menyertai kelab Divisyen Kedua, Bristol City secara pinjaman sebelum menandatangani perjanjian ataupun perpindahan secara tetap bernilai £500,000 pada musim panas tahun 1992.

Bersama Bristol City (musim 1992/93) , Cole berjaya mencipta nama dan membuktikan kehebatan beliau selaku penjaring dan pemain muda berwibawa apabila berjaya menjaringkan lapan gol dalam 12 penampilan.

Dan ketika itu, Bristol City beraksi di Liga Bola Sepak Bahagian Satu - First Division (liga kedua tertinggi bolasepak Inggeris selepas Liga Perdana Inggeris diperkenalkan pada tahun itu), kecemerlangan beliau itu membuatkan nama beliau menjadi hangat dan sering kali dikaitkan dengan kelab-kelab Liga Perdana disepanjang musim 1992/93.

Pada Februari 1993, Newcastle United memecahkan rekod perpindahan kelab tersebut apabila menandatangani Cole daripada Bristol City dengan nilai perpindahan berjumlah  £1.75 juta.

Cole terus mencipta kegemilangan bersama Newcastle apabila musim kedua beliau bersama kelab itu, beliau berjaya menjaringkan 34 gol dalam 40 penampilan liga dan penampilan serta jaringan keseluruhan beliau musim itu (termasuk kejohanan lain) sebanyak 46 kali dengan 41 gol.

Dan musim ketiga menyaksikan beliau telah menjaringkan sembilan gol dalam 18 penampilan liga serta empat gol dalam tiga penampilan UEFA Cup menjadikan jumlah keseluruhan penampilan beliau sebanyak 27 kali dan 15 gol dijaringkan pada musim ketiga bersama Newcastle.



Musim pertama Cole bersama Newcastle, beliau hanya membuat 12 penampilan dengan 12 gol dijaringkan beliau (menghabiskan separuh kedua liga 1992/93).

Musim Penampilan Jaringan Bantuan Gol
1992-1993 12 12 -
1993-1994 40 34 -
1994-1995 27 15 -
JUMLAH 79 61 -

Kehebatan beliau itu membuatkan pengurus Manchester United, Alex Ferguson sanggup menukarkan pemain beliau, Keith Gillespie dengan menambah sebanyak £7 juta bagi mendapatkan Andy Cole dari Newcastle United pada 10 Januari 1995.

Beliau menghabiskan hampir lapan musim bersama Manchester United dan digelar lagenda kelab tersebut setelah membuat 275 penampilan dengan 121 gol dijaringkan serta 13 bantuan gol dicipta beliau.

Kehadiran Ruud van Nistelrooy pada musim 2001/02 menyertai Manchester United serta pemain -pemain lain yang semakin meningkat seperti Dwight Yorke, Ole Gunnar Solskjær dan Paul Scholes menyebabkan beliau tersisih daripada kesebelasan utama Sir Alex Ferguson.

Dan pada 29 Disember 2001 beliau dilepaskan ke Blackburn Rovers dengan nilai perpindahan sebanyak £8 juta.

Selepas meninggalkan Manchester United, beliau mewakili kelab-kelab seperti :
Musim Kelab Penampilan Jaringan Bantuan Gol
2001-2004 Blackburn 93 31 1
2004-2005 Fulham 37 13 -
2005-2006 Manchester City 23 10 1
2006-2007 Portsmouth 22 4 -
2006-2007 Birmingham City 5 1 2
2007-2008 Sunderland 8 - -
2007-2008 Burnley 13 6 2
2008-2009 Nottingham Forest 11 - -

Pada 11 November 2008, Cole mengumumkan persaraannya dari arena bolasepak, menamatkan karier selaku pemain bolasepak selama 19 tahun.

Rekod Penyertaan Kelab.

Musim Tarikh Dari Ke
08/09 Nov 1, 2008 Nottingham Forest Bersara
08/09 Jul 1, 2008 Sunderland Nottingham Forest
07/08 May 1, 2008 Burnley Sunderland
07/08 Jan 1, 2008 Sunderland Burnley
07/08 Aug 1, 2007 Portsmouth Sunderland
06/07 May 1, 2007 Birmingham City Portsmouth
06/07 Mar 1, 2007 Portsmouth Birmingham City
06/07 Aug 1, 2006 Manchester City Portsmouth
05/06 Jul 1, 2005 Fulham Manchester City
04/05 Jul 1, 2004 Blackburn Rovers Fulham
01/02 Jan 1, 2002 Manchester United Blackburn Rovers
94/95 Jan 1, 1995 Newcastle United Manchester United
93/94 Mar 1, 1994 Bristol City Newcastle United
91/92 Mar 1, 1992 Arsenal Bristol City
91/92 Dec 1, 1991 Fulham Arsenal
91/92 Sep 1, 1991 Arsenal Fulham
89/90 Jul 1, 1989 Arsenal U18 Arsenal

Post a Comment

Previous Post Next Post