Pemain tengah Perancis, Guendouzi sertai Arsenal

Pemain kebangsaan bawah 20 tahun Perancis sertai Arsenal dengan nilai perpindahan yang tidak didedahkan dari Lorient untuk menjadi pemain kelima menyertai kelab pada jendela perpindahan musim panas 2018/19.

Arsenal telah mengumumkan menandatanganani pemain tengah berusia 19 tahun, Matteo Guendouzi dari Lorient.

Guendouzi telah menyertai Arsenal dengan bayaran berpindahan yang tidak didedahkan namun dipercayai ianya adalah £7 juta berserta dengan bonus tambahan yang dijangka menjadikan nilai keseluruhan perpindahan itu menjadi sekitar £8 juta.

Beliau menjadi pemain kelima yang dibawa masuk Arsenal setakat ini.

Guendouzi telah membuat 18 penampilan dalam Ligue 2 musim lepas selain berjaya menghasilkan satu bantuan gol.

Rekod penampilan musim 2017/18 bersama Lorient
Saingan Penampilan Jaringan Bantuan Gol
Ligue 2 18 - 1
Coupe de la Ligue 2 - -
Coupe de France 1 - -
JUMLAH 21 - 1

"Arsenal sentiasa menjadi pasukan paling dekat dengan hati saya dan pasukan yang saya mahu beraksi (mewakili) sejak saya masih kecil," kata Guendouzi kepada laman web rasmi Arsenal.

Pemain skuad kebangsaan Perancis Bawah 20 tahun itu dilahirkan daripada akademi Paris Saint-Germain sebelum menyertai  Lorient pada tahun 2014.

Bermain pada posisi tengah (center midfielder) beliau juga mampu beraksi selaku pemain tengah bertahan (defensive midfielder).

Rekod penampilan musim 2017/18 mengikut posisi
Posisi Penampilan Jaringan Bantuan Gol
Central Midfield 13 - 1
Defensive Midfield 8 - -

Beliau akan menyarung jersi No 29 bersama Arsenal musim depan (2018/19) dan kita mungkin dapat menyaksikan aksi beliau pada perlawanan persahabatan pra-musim minggu depan (lihat jadual penuh perlawanan pra musim dan liga Arsenal).

Semoga Emery dapat membentuk beliau lebih mantap serta Guendouzi juga mampu segera menyesuaikan diri dengan Liga Perdana Inggeris disamping mampu beraksi didalam kesebelasan utama Arsenal musim depan.

Pemain tengah (CM/DM) Arsenal ketika ini.
No Jersi Posisi Negara Pemain Umur Status Tamat Kontrak Nilai Perpindahan
4 CM/DM Mesir Mohamed Elneny 26 Non-EU 2022 £7.4 juta
11 CM/DM Uruguay Lucas Torreira 22 Non-EU 2023 £26.4 juta
15 CM/DM England Ainsley Maitland-Niles 20 EU 2023 Akademi
29 CM/DM Perancis Mattéo Guendouzi 19 EU 2023 £8.0 juta
34 CM/DM Switzerland Granit Xhaka 25 EU 2023 £30.0 juta

Post a Comment

Previous Post Next Post