Lucas Perez mahu beraksi bersama bekas rakan sepasukan.

Kira-kira kurang daripada 20 hari sahaja lagi untuk jendela perpindahan ditutup bagi kelab-kelab Inggeris melakukan pembelian pemain.

Arsenal setakat ini mempunyai enam pemain yang bakal memasuki tahun terakhir kontrak mereka selain pertahanan kanan yang baru dibawa masuk baru-baru ini, Stephan Lichtsteiner.


Lichtsteiner menandatangani kontrak selama setahun bersama Arsenal. Kredit foto: IOL
Pemain sayap yang juga mampu beraksi pada posisi penyerang, Lucas Perez menghabiskan musim lalu dengan menyertai Deportivo La Coruna secara pinjaman dan kontrak pemain tersebut bersama Arsenal bakal berakhir pada Jun 2020.


Beliau sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke Turki dengan Galatasaray dilaporkan berminat untuk menandatangani beliau.

Pun begitu, ejen beliau sebelum ini juga pernah mendedahkan bahawa Perez lebih berminat untuk beraksi dalam saingan Serie A dengan menyertai Lazio. 


Namun pada penghujung bulan Mac lalu (2018), ejen beliau mengesahkan bahawa Perez akan kembali ke Arsenal selepas layanan teruk diterima pemain itu ketika beraksi di Liga Sepanyol.


Kini Perez kembali bersama The Gunners dan bakal menyertai siri jelajah pra musim ke Singapura namun terdapat beberapa khabar angin yang mengatakan bahawa pemain berusia 29 tahun  itu dikaitkan dengan beberapa kelab Eropah, termasuklah dengan perpindahan ke Serie A.

Bagaikan menungkit kembali rumors yang mengatakan bahawa Perez mahu menyertai Lazio, media Itali, Corriere dello Sport dalam laporan yang dikeluarkan mereka semalam mengatakan bahawa pemain tersebut berminat untuk menyertai bekas rakan sepasukanya, di Lazio.

Petikan akhbar Corriere dello Sport
Corriere dello Sport mendakwa bahawa Lucas Perez dan Luis Alberto berada dibawah naungan ejen yang sama dan pertembungan kedua-dua kelab yang dijadualkan berlangsung pada 4 Ogos nanti dikatakan bakal menjadi titik rundingan diantara mereka.

Lazio dikatakan bakal melakukan tawaran pada bila-bila masa sahaja dan ianya bakal memenuhi impian Perez untuk beraksi bersama Luis Alberto sebagaimana mereka berdua bergandingan di Deportivo pada musim 2015-16.

Perez dan Alberto pernah bergandingan ketika bermain untuk Deportivo pada musim 20105-16. Kredit foto: La Opinión A Coruña
Walau bagaimanapun, nilai (harga) Perez mungkin menjadi isu, memandangkan Lazio dilaporkan tidak sanggup mengeluarkan belanja sebanyak €15 juta untuk seorang pemain yang bakal mencecah usia 30 tahun tidak lama lagi.

Melainkan Arsenal sanggup mengurangkan harga Perez bagi memenuhi permintaan dan bajet Lazio. 

Post a Comment

Previous Post Next Post