Arsenal didakwa telah membuat tawaran untuk pertahanan Barcelona, Yerry Mina

Yerry Mina dilaporkan telah memberitahu kepada James Rodriguez  mengenai tawaran yang dibuat oleh Arsenal kepada beliau.



Mina, menyertai Barcelona dari Palmeiras pada Januari lalu boleh dihantar keluar dari Camp Nou bagi memberi ruang kepada pemain bukan EU lain.

Barcelona mendapatkan pemain pertahanan tengah itu daripada Palmeiras dengan nilai perpindahan mencecah €11.8 juta dan mempunyai klausa pelepasan berjumlah € 100 juta bersama gergasi Sepanyol itu.

Menurut Don Balon yang terkenal dengan rumors perpindahan mereka yang luar biasa, Arsenal dikatakan mahu mendapatkan pemain antarabangsa Colombia itu.

Dakwan media Sepanyol itu mengatakan bahawa pihak Arsenal telah mengemukakan tawaran pinjaman dengan pilihan untuk menandatangani pemain tersebut secara tetap telah dilakukan kepada Barcelona.

Dan Mina dilaporkan telah dimaklumkan mengenai perkembangan itu dan dikatakan telah memberitahu kepada rakan sepasukannya, James Rodriguez.

Pemain berusia 23 tahun telah membuat tiga penampilan pada Kejohanan Piala Dunia 2018 Rusia dan berjaya menjaringkan tiga gol buat pasukan Colombia.

Semenjak menyertai Barcelona, Mina dilihat masih gagal menandingi kehebatan Gerard Pique dan Samuel Umtiti dan hanya membuat enam penampilan secara keseluruhan buat pasukan yang dikendalikan oleh Ernesto Valverde.

Post a Comment

Previous Post Next Post