Pendedahan Sokratis Papastathopoulos mengenai Aubameyang dan Mkhitaryan

Sokratis,Aubameyang dan Mkhitaryan ketika bersama Dortmund. Kredit foto: radio912

Pertahanan baru The Gunners tidak sabar-sabar untuk kembali bergabung dengan dua orang bekas rakan sepasukan beliau ketika bersama Borussia Dortmund di Stadium Emirates.



Sokratis Papastathopoulos mengakui bahawa bekas rakan sepasukan beliau itu, Pierre-Emerick Aubameyang dan Henrikh Mkhitaryan banyak membantu beliau membuat keputusan untuk berpindah ke Arsenal.

Arsenal membawa masuk pemain pertahanan antarabangsa Greece itu dengan nilai perpindahan dianggarkan sekitar  €19 juta (£16.7 juta) dan kemasukan pertahanan berpengalaman itu merupakan pemain ketiga yang ditandatangani Arsenal pada jendela perpindahan musim panas ini.

Mampukah Sokratis membantu gawang gol Arsenal daripada kerap dibolosi musim depan?
Sokratis mendedahkan kepada laman web rasmi Arsenal mengenai peranan dua pemain yang beliau kenai cukup baik sebelum ini yang membantu beliau berpindah menyertai Arsenal.

I spoke [to them] a lot times. They said to me the best things about this club, that it is one big family and of course they also called me not every day but a lot of times telling me to come here.

"Ia sedikit (aneh) tetapi ia juga sangat indah dimana saya menyertai satu pasukan tetapi saya juga dapat kembali bergabung dengan dua pemain yang saya pernah berjuang bersama-sama selama beberapa tahun."

"Saya mengenali mereka dengan baik dan saya sangat gembira."

"Mereka banyak memberitahu mengenai perkara terbaik tentang kelab kepada saya, bahawa ia adalah satu keluarga besar dan sudah tentu mereka tidak menghubungi saya setiap hari tetapi mereka banyak kali memberitahu saya supaya datang ke sini (menyertai Arsenal)."

Post a Comment

Previous Post Next Post