Peluang buat Liverpool dan Arsenal untuk dapatkan Gelson Martins.

Ulisses Santos bersama Gelson Martin. Kredit foto : Fb Santos

Arsenal dan Liverpool telah menerima rangsangan dalam usaha dua kelab tersebut mendapatkan pemain kebangsaan Portugal, Gelson Martins selepas ajennya menafikan satu kelab besar.


Martin yang menyertai Kejohanan Piala Dunia Rusia 2018, tiba di Portugal selepas pasukan kebangsaan beliau tersingkir pada peringkat 16 pasukan terbaik ditangan Uruguay.

Dengan tersingkirnya Portugal, beliau kini mampu memberikan perhatian dan tumpuan kepada rundingan mengenai masa depan beliau setelah memutuskan untuk menamatkan kontrak bersama Sporting.

Sebelum ini Spurs juga dilaporkan berminat untuk mendapatkan Martins, namun dalam laporan terkini yang dikeluarkan oleh Daily Star, mereka mendakwa bahawa pendedahan ejen pemain tersebut telah memberikan satu kelebihan buat dua kelab Inggeris yang dikatakan mahu mendapatkan pemain itu.

Laporan itu juga mendakwa bahawa Arsenal dan Liverpool merupakan dua kelab utama bersaing untuk mendapatkan pemain berusia 23 tahun itu namun kedua-dua kelab Inggeris itu terpaksa menghadapi saingan sengit daripada kelab besar lain termasuklah kelab Portugal sendiri, Benfica.

Namun pendedahan ejen Martins, Ulisses Santos yang menafikan bahawa pemain tersebut bakal menyertai Benfica memberi kelebihan kepada Arsenal dan Liverpool mendapatkan pemain ini (menurut Daily Star).

Being the agent of Gelson Martins, I have as a top priority his tranquility, and maximum concentration to be able to do what he knows, professional football,” Santos wrote.

“For this reason, and considering the sports media agenda has been very busy around his future, I come to inform you that Martins’ next club will not be SL Benfica.


Jurgen Klopp dikatakan mahu mendapatkan pemain tersebut bagi persedia ataupun 'back up' kepada trio berbisa mereka, Sadio Mane, Roberto Firmino dan Mohamed Salah.

Manakala Arsenal pula dikatakan mahu mendapatkan Martis bagi memperkukuhkan pilihan pemain pada posisi menyerang mereka selepas kehilangan Olivier Giroud, Alexis Sanchez dan Theo Walcott pada awal tahun ini.

Namun yang pastinya, mana-mana kelab yang mahu ataupun berjaya mendapatkan Martin terpaksa memenuhi permintaan pemain itu mengenai krisis penamatan kontrak bersama Sporting.

Baca: Permintaan Gelson Martin terhadap pasukan yang mahukan khidmat beliau.

Post a Comment

Previous Post Next Post