Arsenal dijangka melengkapkan perpindahan Matteo Guendouzi hari ini.

Arsenal dilaporkan bakal melengkapkan perpindahan pemain muda Lorient, Matteo Guendouzi dengan nilai perpindahan dijangka berlaku sekitar £7 juta.

Pemain tengah berusia 19 tahun itu dijadualkan berlepas ke London untuk menyelesaikan ujian perubatan dan bakal menjadi pemain keempat yang dibawa masuk Arsenal pada jendela perpindahan musim panas ini.

Kelab division 2 Perancis (Ligue 2), Lorient dilaporkan telah bersetuju dengan bayaran perpindahan berjumlah £7 juta untuk Arsenal menandatangani Guendouzi.

Arsenal setakat ini telah membawa masuk Bernd Leno, Stephan Lichtsteiner dan Sokratis Papastathopoulos pada jendela perpindahan musim panas ini, dengan Lucas Torreira juga bakal menyertai Arsenal dalam masa terdekat ini.

Dan kini pemain muda Lorient itu sedia menjadi pemain terbaru yang akan menyertai skuad kendalian Unai Emery dengan dakwaan beberapa media Perancis telah mengatakan bahawa kontrak lima tahun telah pun dipersetujui diantara pemain tersebut bersama Arsenal.

Guendouzi dijangka tiba di London hari ini dan akan melakukan ujian kesihatan dan bakal diumumkan selaku pemain Arsenal malam ini (waktu Malaysia) jika pemain tersebut melepasi ujian tersebut.

Get Football France menyifatkan Guendouzi kerap digunakan sebagai pemain tengah yang berperanan sebagai deep-lying midfielder semenjak 12 bulan lalu dengan peranan pemain tersebut sebleum ini lebih kepada pemain tengah - box-to-box.

Gaya dan corak permainan Guendouzi turut disamakan dengan seorang lagi pemain muda yang dikatakan sebelum ini telah bersetuju untuk menyertai Arsenal, Yacine Adli.

Namun Adli akhirnya telah membuat 'u-turn' dengan menandatangani kontrak baru bersama Paris Saint-Germain.

Manchester City dan Tottenham juga telah dikaitkan dengan Guendouzi sebelum ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post