Jack Wilshere lulus ujian perubatan bersama West Ham.


Jack Wilshere dilaporkan melepasi ujian perubatan bersama West Ham dan bekas pemain tengah Arsenal ini mengesahkan perpindahan percuma.

Berikutan pemain ini dilepaskan dari Arsenal pada akhir bulan lalu, pemain berusia 26 tahun kini merupakan ejen bebas dan telah dilaporkan bakal menyertai kelab Turki, Fenerbahce sebagaimana dilaporkan pada 2 Julai lalu.

Malahan laporan media Turki, Sporx pada 1 Julai lalu turut mengatakan Mesut Ozil telah 'menasihati' Wilshere mengenai kelab Fenebahce itu.

Bagaimanapun dalam satu temubual, Wilshere mengakui seluruh keluarganya merupakan peminat Hammers dan beliau turut mengakui pernah meminati seorang pemain West Ham serta mempunyai jersi yang tertera nama pemain tersebut.

Jack Wilshere ketika kanak-kanak memakai jersi West Ham.Kredit foto : Daily Mail.
Saga perpindahan pemain tengah Arsenal, Jack Wilshere bakal berakhir apabila beliau dijangka akan diumumkan sebagai pemain West Ham pada Isnin ini (waktu UK) dan malam ini waktu Malaysia.

Wilshere turut dilaporkan telah menjalani dan melepasi ujian perubatan bersama kelab West Ham.

Jack Wilshere ketika berumur 11 tahun bersama akademi remaja Arsenal. Kredit foto : Daily Mail.
Setelah Wilshere bertemu dan berunding dengan pengurus Hammers, Manuel Pellegrini pada minggu ini, bekas pemain tengah Arsenal ini membuat keputusan untuk kekal berada di Kota London dengan menandatangani kontrak selama tiga tahun bernilai £100,000 seminggu.

Jarak Stadium Emirates ke Stadium London (West Ham).
West Ham dilaporkan memerlukan seorang pemain kreatif selepas mereka kehilangan khidmat Manuel Lanzini musim depan ekoran kecederaan yang dialami pemain tersebut ketika latihan bersama skuad kebangsaan Argentina yang dalam persiapan ke Rusia.

Pemain tersebut digugurkan dari skuad Piala Dunia Argentina dan terpaksa berehat panjang selama 15 bulan menurut laporan Daily Star.

Wishere, dalam satu temubual baru-baru ini, mendedahkan mengenai cintanya terhadap Hammers.


“I think I must have been about six or seven, my whole family were West Ham fans, I was a West Ham fan, still have a soft spot for them of course,".

"I love, I used to love them back in the day when I was a kid."

"I had all the shirts, my brother did, I think I had John Moncur on the back of that, you know?

"That’s how long along it was!”

John Moncur merupakan pemain West Ham yang diminati Wilshere ketika kanak-kanak. Kredit foto: Aalchetron
Selamat maju jaya Jack! Semoga terus kekal cemerlang dan mampu menyinar bersama West Ham.

Terima kasih diatas segalanya ketika bersama Arsenal. 

Post a Comment

Previous Post Next Post