Arsenal dilaporkan berminat tandatangani Niang.

Penyerang kelab Itali, M’Baye Niang dilaporkan menjadi sasaran Arsenal namun pemain tersebut dikatakan berada dalam dilema sama ada memilih Nice ataupun Arsenal menurut laporan.



Jendela perpindahan musim panas semakin hampir untuk melabuhkan tirai apabila menjelang 9 Ogos (waktu BST), kelab-kelab Inggeris tidak lagi dibenarkan membeli ataupun melakukan perpindahan pemain (membawa masuk pemain).

"Niang antara Nice dan Arsenal"
Begitulah tajuk yang dipaparkan oleh Media Itali, Tuttosport dalam melaporkan berita perpindahan melibatkan penyerang kelahiran Perancis yang mewakili skuad kebangsaan Senegal, M'Baye Niang.


Ianya seolah-olah menggambarkan bahawa Niang kini berada didalam dilema untuk memilih sama ada Nice ataupun Arsenal.

Niang berusia 23 tahun, menyertai AC Milan pada tahun 2012 sebelum dipinjamkan kepada Torino musim lalu.

Beliau mampu beraksi pada pelbagai posisi serangan dengan setakat ini telah menjaringkan 31 gol dalam 140 perlawanan kompetitif beliau semenjak 2010.

Posisi Penampilan Jaringan Bantuan Gol
Centre-Forward 65 22 11
Left Winger 49 7 7
Right Winger 19 2 2
Second Striker 7 - 2

Pemain ini juga pernah beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris pada tahun 2017 apabila dipinjamkan kepada Watford (Januari 2017) untuk menghabiskan separuh musim saingan liga pada tahun tersebut.

Bersama Watford, beliau telah membuat 16 penampilan dengan dua gol dan dua bantuan gol berjaya direkodkan beliau.

Musim lalu, beliau dipinjamkan kepada Torino pada 31 Ogos (2017) dan sebelum menyertai Torino secara pinjaman, beliau telah membuat dua penampilan penuh (90 minit untuk kedua-dua perlawanan) dalam aksi perlawanan kelayakkan Liga Europa bersama AC Milan.

Rekod beliau musim lalu
Saingan 2017/18 - AC Milan & Torino Penampilan Jaringan Bantuan Gol
Serie A 26 4 1
Coppa Italia 3 - 2
Europa League Qualifying 2 - -
JUMLAH 31 4 3

Namun, ketika dipinjamkan kepada Torino, klausa pinjaman tersebut menyaksikan dimana kelab tersebut mempunyai pilihan untuk mendatangani Niang secara tetap dari AC Milan.

Dan pada 1 Julai 2018, Torino dilaporkan telah mengaktifkan klausa pembelian Niang daripada AC Milan.
Tetapi tajuk utama itu sebenarnya mencetuskan sedikit sensasi kerana apa yang dikatakan ataupun dilaporkan hanyalah mengenai minat pasukan yang ditunjukkan terhadap penyerang Torino itu.

Dalam kes Nice, M'Baye Niang dilihat sebagai pengganti Mario Balotelli yang dijangkakan bakal meninggalkan kelab itu untuk menyertai Marseille pada jendela perpindahan musim panas ini.

Manakala kaitan Arsenal pula, menurut laporan Tuttosport itu adalah bahawa The Gunners dikatakan sedang memantau perkembangan serta menilai pemain tersebut dengan kemungkinan untuk membawa Niang ke Emirates pada musim panas ini.


Pun begitu, tiada tawaran rasmi dilaporkan telah dibuat oleh pihak Arsenal setakat ini.

Niang ketika ini berharga sekitar £9 juta dan laporan tersebut tidak mendedahkan nilai sebenar yang perlu dilakukan atau ditawarakan Arsenal bagi mendapatkan pemain tersebut.

Post a Comment

Previous Post Next Post