Kenali Pemain Arsenal Women : LIA JOELLE WALTI

Lia Walti diikat Arsenal Women selama 2 tahun - gambar oleh Arsenal Women

Pada hari yang sama di mana Papastathopoulo Sokratis tiba di Arsenal dari Borussia Dortmund, kem Arsenal Women juga menyambut pemain berusia 25 tahun Switzerland iaitu Lia Walti dari kelab Turbine Potsdam di Jerman.



Lia Walti

Nama penuh pemain ini ialah Lia Joelle Walti dilahirkan di Heimiswil, Langnau im Emmental, Switzerland pada 19 April 1993 dan Aries adalah tanda kelahiran menurut info biodata beliau. Mempunyai paras rupa cantik dengan ketinggian 5.5 kaki dan berat 56 Kg, pasti membuatkan anda tertarik melihat pemain ini beraksi. 

Lia Walti - gambar oleh google

Berstatus bujang yang berkebolehan bertutur dalam beberapa bahasa seperti German, French, Italian, Romansh dan English cukup membuatkan pesonaliti pemain ini menarik minat anda.


Lia Walti (kanan) - gambar oleh compute info

Selain dari kerjaya bola sepak, Lia Walti juga juga sebagai model sambilan yang mengemari makanan segera dan warna kesukaanya adalah Pink selain meminati English Movie.

Sebagai Pemain Bola Sepak

Bermula pada usia 15 tahun sebagai pemain bola sepak wanita, dan kelab pertama Lia Walti adalah FC Koniz yang berpangkalan di Switzerland, namun tiada data yang berjaya diperolehi berkenaan kelab ini. Menurut sumber wikipedia Lia Walti hanya semusim bersama FC Koniz sebelum berpindah ke kelab BSC YB Frauen yang bermain dalam Nationalliga A Switzerland.


Lia Walti ketika bersama BSC YB Frauen dari 2009-2013 - gambar oleh Alchetron


BSC YB Fraune 2009 - 2013

Pemain tengah ini pernah merangkul kejuaraan Nationalliga A Switzerland pada 2010-2011 kemudiannya membantu pasukan layak ke peringkat akhir Schweizer Pokal Frauen dua kali berturut pada musim 2009-2010 dan 2010-2011, namun kedua-dua peringkat akhir itu gagal meraih kemenangan.

BSC YB Fraune menjuarai Nationalliga A buat kali pertama 2010-2011 - gambar oleh wordpress.com

FFC Turbine Potsdam 2013 - 2018

Lia Walti menyertai Turbine Potsdam dari 2013 hingga 2018 - gambar oleh Wochen-Zeitung

Hanya setahun Lia Walti di Turbine Potsdam, beliau sudah memberi impak besar dalam karier bola sepak apabila dipilih menjadi ketua pasukan, ia suatu perkembangan yang sangat baik untuk pemain yang baru menyertai pasukan kata Presiden Turbine Potsdam.

Setahun diperlukan untuk diberi tanggungjawab sebagai ketua pasukan - gambar oleh Die Welt

Di sini beliau bergandingan baik bersama Tabea Kemme pemain kebangsaan Jerman yang mengikuti jejak langkah seperti Lia Walti menyertai Arsenal Women pada musim baru  ini.


Tabea Kemme gembira dapat menyertai rakannya Lia Walti ke Arsenal Women - gambar oleh arsenal.com

Sepanjang 5 musim Lia Walti membuat penampilan utama sebanyak 97 kali dengan hanya 2 kali di masukkan sebagai pemain gantian dan merekodkan 3 hantaran gol, 10 jaringan dan 10 kad kuning untuk liga utama. 



Bagi kejohanan DFB Pokal Women, Lia Walti membuat penampilan sebanyak 12 kali dan sekali sebagai pemain gantian, menghasilkan 1 hantaran gol dan mengutip 2 kad kuning. Membuat penampilan hanya sekali bersama Turbien Potsman dalam kejohanan UEFA Women's Champions League, hanya mengharungi pusingan peringkat kumpulan dan bermain untuk kesemua 6 perlawanan tersebut. Berjaya membuat 2 hantaran gol dan gol untuk pasukan.

Kejayaan Bersama Turbine Potsdam

Tiada kejuaraan utama Lia Walti bersama Turbine Potsdam hanya satu kejuaraan DFB-Hallenpokal, ia merupakan kejohanan luar Jerman dan bukan kejohanan utama. Berjaya membawa kelab ke perlawanan akhir DFB Pokal Women sebelum terpaksa akur dengan kekalahan kepada Wolfsburg 0-3 yang berlangsung di Rhein Energie Stadion (Koln).

Lia Walti gagal membantu Turbien Potsdam selepas tewas 0-3 kepada Wolfsburg pada perlawanan akhir D - gambar oleh Pitchside Report


Turbine Potsman mempertahankan Indoor Turbine Cup 2018 mengalahkan Sporting Lisbon pada perlawanan akhir - gambar oleh google

Skuad Switzerland 

gambar oleh facebook

U20 WOMEN'S WORLD CUP

Merupakan penampilan pertama Lia Walti dalam kancah antarabangsa, namun kempen Switzerland suram setelah tewas kesemua perlawanan peringkat kumpulan. 

Tewas 2-0 kepada Ghana, kemudiannya di belasah oleh United State 5-0 sebelum tewas kepada Korea Republic 0-4. Lia Walti membuat penampilan pertama dalam kesemua perlawanan.

UEFA U19 CHAMPIONSHIP WOMEN

Switzerland di undi berada di kumpulan 5. Lia Walti bermain untuk kesemua 3 perlawanan dalam kumpulan ini dan mengutip 1 kad kuning.

Switzerland U19 3-2 Macedonia U19
Switzerland U19 4-0 Kazakhstan U19
Poland U19 0-4 Switzerland U19

UEFA U19 CHAMPIONSHIP WOMEN

Masih berada dalam kumpulan 5 dan bermain pada semua perlawanan, pada perlawanan pertama menentang Sweden, Lia Walti menjaringkan penyelamat buat Switzerland pada minit ke-66. 

Lia Walti menjaringkan satu gol dalam kemenangan besar keatas Czech Rep 1-4 untuk layak ke pusingan akhir UEFA U19 Championship Cup.

Switzerland U19 1-1 Sweden U19
Switzerland U19 1-0 Ukraine U19
Czech Republic U19 1-4 Switzerland U19

UEFA U19 CHAMPIONSHIP WOMEN


Switzerland berada dalam kumpulan A bersama-sama tuan rumah Italy, Russia dan Belgium. 4 Mata berjaya diperolehi hasil satu kemenangan keatas Belgium 4-1 sebelum tewas 1-0 kepada tuan rumah dan seri 0-0 kepada Russia, namun Switzerland layak ke separuh akhir. 

Di separuh akhir mereka tewas kepada Germany 3-1, seterusnya Germany menjuarai kejohanan ini dengan kemenangan bergaya 8-1 pada perlawanan akhir menentang Norway.

New Zealand U20 2-1 Switzerland U20
Mexico U20 2-0 Switzerland U20
Switzerland U20 0-4 Japan U20

UEFA WOMEN'S CHAMPIONSHIP

Penampilan pertama Lia Walti bersama skuad senior pada kejohanan UEFA Championship Women. Dalam edisi ini Lia Walti membuat 4 penampilan utama dan 3 kali sebagai pemain gantian, membuat 3 hantaran gol dan berjaya menjaringkan 1 gol dalam kempen kali ini. 

Switzerland gagal mara ke pusingan akhir UEFA Women's Championship selepas sekadar menduduki tangga keempat dengan 15 mata berjaya dikutip beza 1 point dengan Romania yang layak ke Play-Off.

Germany 4-1 Switzerland 
Switzerland 4-1 Romania
Spain 3-2 Switzerland
Switzerland 8-1 Kazakhstan
Switzerland 0-6 Germany
Switzerland 4-3 Spain
Romania 4-2 Switzerland



WOMEN'S WC QUALIFICATION EUROPE

Dari sepuluh perlawanan keseluruhan peringkat ini, Lia Walti membuat penampilan utama sebanyak 9 perlawanan. 1 hantaran, 1 gol dan 1 kad kuning membantu Switzerland yang menjadi pilihan utama menjuarai kumpulan 3 zon Eropah.

Switzerland 9-0 Serbia
Iceland 0-2 Switzerland 
Denmark 0-1 Switzerland
Israel 0-5 Switzerland
Switzerland 11-0 Malta
Switzerland 1-1 Denmark
Switzerland 3-0 Iceland 
Switzerland 9-0 Israel
Serbia 0-7 Switzerland

Lia Walti cuba menghalang pemain Iceland - gambar google


WOMEN'S WORLD CUP


Ini adalah pentas pertama Lia Walti dalam World Cup bagi skuad senior, Switzerland gagal memberi impak besar dan hanya sekadar bersaing sehingga 8 pasukan terakhir (play-off) setelah sekadar meraih 1 kemenangan dari peringkat kumpulan. 

Lia Walti bermain penuh untuk kesemua perlawanan dan mengutip 1 kad kuning.

Japan 1-0 Switzerland
Switzerland 10-1 Ecuador
Switzerland 1-2 Cameroon
Canada 1-0 Switzerland

Perebutan di hadapan pintu gol Switzerland - Japan menang 1-0 dalam pembukaan 3 -gambar oleh zimbio


FRIENDLIES WOMEN


Beberapa siri perlawanan persahabatan menjelang UEFA Women's Championship 2017 yang akan berlangsung di Netherlands. Switzerland tewas ketiga-tiga perlawanan persahabatan itu.

10/04/17 Norway 2-1 Switzerland
10/06/17 Switzerland 0-4 England
22/10/17 Japan 2-0 Switzerland

UEFA WOMEN'S CHAMPIONSHIP

Switzerland tampil sebagai sebuah pasukan yang yang baik untuk peringkat kelayakan dan pusingan akhir UEFA Women's Championship. 

Lia Walti cuba menghalang pemain Italy dari membuat hantaran - gambar oleh Zimbio

Switzerland berada pada kelas tersendiri apabila mudah layak kepusingan akhir di Netherlands apabila mengungguli kumpulan 6 tanpa sebarang kekalahan, 34 jumlah gol dan hanya bolos 3 kali sudah cukup buat pasukan Switzerland pada prestasi terbaik untuk aksi di Netherlands nanti.


Switzerland tewas 1-0 kepada Austria dalam kempen serba tidak kena pada UEFA Women's Championship - gambar oleh google

Serba tidak kena skuad pilihan Switzerland pada kempen ini, apabila di kecewakan di peringkat kumpulan setelah tewas kepada Austria 1-0 dan dipaksa seri dengan France 1-1. 



Cuma Iceland yang dapat beri mata penuh kepada Switzerland. Mereka di tangga ketiga berbeza 1 mata dengan France di tempat kedua.

WOMEN'S WC QUALIFICATION EUROPE



Switzerland memulakan kempen kelayakan dengan baik, kali ini Lia Walti memakai jersi bernombor 13 tidak seperti sebelum ini bernombor 9.  

Pusingan kelayakan ini masih berlangsung, setakat ini Switzerland baru mengharungi 6 perlawanan dan kesemuanya menang. 

gambar oleh - twitter

Lia Walti setakat kempen ini bermain untuk kesemua perlawanan membabitkan Switzerlands. Ketika menentang Belarus pada 24/11/2017, Lia Walti menjaringkan gol hasil umpanan L.Dickenmann pada minit ke 18 yang berkesudahan Switzerland mudah mengatasi Belarus dengan jaringan 3-0.


gambar oleh facebook 

Perpisahan setelah 5 tahun

Lia Walti tidak menyambung kontrak untuk mengembangkan karier bola sepak beliau dan memilih untuk ke England bersama Arsenal Women, rakan sepasukan beliau juga mengikut jejak langkah belaiu untuk sama-sama ke Arsenal.







Di harap Lia Walti dapat menyesuaikan diri dengan baik di Arsenal dan kekal konsisten semsa beliau mengemudi pasukan Turbine dan pasukan kebangsaaan Switzerland. 

Karekter sebagai ketua pasukan sudah pasti memberi suatu impak yang baik buat pasukan. 

Post a Comment

Previous Post Next Post