Zlatan Ibrahimovic akan tunaikan 'pertaruhan' dengan David Beckam

Beckham dan Ibrahimovic. Kredit foto : Daily Record

Zlatan Ibrahimovic akan menunaikan janji selepas tewas dalam pertaruhan dengan David Beckham.


Sebelum perlawanan diantara Sweden menentang England pada peringkat suku akhir Piala Dunia baru-baru ini, Ibrahimovic telah mencabar Beckham dalam satu pertaruhan dimana jika Sweden berjaya mengatasi England, bekas kapten England itu akan menemani beliau ke IKEA dan membelinya apa-apa barang pilihannya untuk rumah agam beliau yang baru di Los Angeles (LA).

Dan jika kemenangan berpihak kepada England, seperti yang dipersetujui mereka berdua bahawa Ibrahimovic akan menemani Beckham untuk menonton perlawanan England di Stadium Wembley dengan memakai jersi England dan juga akan menikmati fish and chip pada separuh masa perlawanan.


Bagaimanapun, akhirnya skuad bimbingan Southgate berjaya mengatasi Sweden dengan keputusan kemenangan berpihak kepada England 2-0.

Dan Ibrahimovic telah menyatakan dengan jelas bahawa beliau berhasrat untuk menghormati pertaruhan itu dan telah menghantar mesej video kepada ikon England tersebut.

"David, kami membuat pertaruhan, saya kalah, saya akan datang ke Wembley untuk menonton perlawanan England dengan memakai jersi England serta akan menikmati fish and chip. Itu sahaja,'" kata pemain LA berusia 36 tahun.


Post a Comment

Previous Post Next Post