Pendedahan mengapa Mourinho tandatangani Henrikh Mkhitaryan.

Mourinho dikatakan mempunyai alasan tersembunyi ketika menandatangani Mkhitaryan. Kredit Foto: Daily Express

Jose Mourinho mempunyai alasan yang dirahsiakan ketika menandatangani Henrikh Mkhitaryan daripada Borussia Dortmund.



Bintang Arsenal, Henrikh Mkhitaryan menyertai Manchester United pada tahun 2016 dan meninggalkan kelab tersebut hanya selepas 18 bulan berada di Old Trafford.

Kemasukan pemain antarabangsa Armenia itu ke skuad Red Devils ketika itu memberikan harapan kepada penyokong dan peminat mereka untuk melihat Mkhitaryan membantu Jose Mourinho menjuarai Liga Perdana.

Walau bagaimanapun, pemain tersebut akhirnya dikatakan gagal memenuhi 'standard' Manchester United dengan menyaksikan Mourinho lebih kerap merehatkan beliau serta meletakkannya dibangku simpanan.

Arsenal akhirnya muncul selaku penyelamat Mkhitaryan dari neraka Old Trafford pada Januari 2018, dengan menyaksikan pertukaran (perpindahan) pemain dimana Alexis Sanchez menyertai Manchester United dan Mkhitaryan menyertai Arsenal.


Namun laporan Manchester Evening News mendakwa Manchester United hanya menandatangani Mkhitaryan untuk menyenangkan hati ejennya, Mino Raiola.

Dua tahun lalu, United bekerja keras untuk mendapatkan tandatangan Paul Pogba selepas pemain antarabangsa Perancis itu bersinar bersama Juventus.

United bertekad untuk mendapatkan kembali Pogba, namun untuk melakukannya, mereka terpaksa memperbaiki hubungan mereka dengan agennya, Raiola.

Mounrinho dan Raiola (kanan). Kredit foto : Manchester Evening News
Raiola pernah dikritik dan dihentam oleh pengurus lagenda Red Devils, Sir Alex Ferguson selepas Pogba meninggalkan kelab itu sebagai ejen bebas pada tahun 2012.

Dan Manchester Evening News mendakwa bahawa perjanjian menandatangani Mkhitaryan hanyalah 'batu loncatan' yang digunakan sebagai satu usaha dalam rundingan untuk mendapatkan Pogba.

Sementara itu, Mkhitaryan pernah menjelaskan punca mengapa beliau meninggalkan United untuk menyertai Arsenal pada April lalu dimana beliau berkata:

"Ketika saya mendengar saya boleh berpindah (bertukar) dari Man. United untuk Arsenal, saya berkata, 'Ya, saya mahu melakukan itu.'"

"Saya tidak berfikir dua kali. Ia penting untuk saya bermain dalam pasukan yang menyerang."

"Saya menyertai Arsenal kerana (Arsene) Wenger mahukan saya, bukan kerana dia mahu menggantikan Sanchez."

"Kami adalah pemain yang memiliki watak yang berbeza, dengan kebolehan dan kemampuan yang berbeza, jadi saya akan berusaha sebaik mungkin untuk melakukan segala-galanya untuk kelab ini (Arsenal)."

Jika Alexis Sanchez pernah digelar 'Ular' ketika bersama Barcelona, maka Mounrinho pula tidaklah begitu berbeza dengan perangai Sanchez. 😎

Post a Comment

Previous Post Next Post