Arsenal menguasai kedudukan sebagai pasukan Liga Perdana Inggeris yang memberi peluang paling banyak kepada pemain kelahiran akademi.
Untuk musim kedua keputusan kajian daripada Press Association Sport dijalankan, dan kali ini menunjukkan bahawa Arsenal telah memberikan peluang paling banyak untuk pemain-pemain yang dihasilkan daripada akademi sendiri untuk beraksi berbanding mana-mana pasukan lain dalam Liga Perdana Inggeris.
Musim lalu, Arsene Wenger telah memberikan jumlah masa bermain secara keseluruhan sebanyak 7,933 minit kepada pemain-pemain kelahiran akademi untuk menjadikan Arsenal menduduki tangga teratas dikalangan pasukan yang bersaing musim lalu (2017/18).
Malahan jumlah tersebut jauh berbeza dengan pasukan yang menjuarai liga musim lalu apabila Manchester City hanya menurunkan ataupun membenarkan pemain kelahiran akademi mereka beraksi sebanyak 152 minit.
Hector Bellerin merupakan pemain kelahiran akademi kelab yang paling banyak beraksi berbanding lapan pemain lain yang digunakan Wenger musim lalu, apabila berjaya beraksi (masa bermain) sebanyak 3,051 minit (hampir 34 perlawanan).
Diikuti oleh Alex Iwobi (1,844 minit - hampir 21 perlawanan) dan Jack Wilshere (1,187 minit - 13 perlawanan).
Manchester United menduduki tempat kedua apabila memberikan sebanyak 6,220 minit kepada pemain kelahiran akademi mereka untuk beraksi pada musim lalu.
Manakala Burnley merupakan pasukan paling teruk apabila hanya memberikan 2 minit masa bermain kepada pemain kelahiran akademi mereka musim lalu.
Untuk artikel ini, pemain akademi merujuk kepada mereka yang dilahirkan dari akademi kelab masing-masing dan telah membuat debut bersama skuad utama masing-masing.
Berikut adalah senarai kedudukan pasukan yang paling banyak memberi peluang kepada pemain 'home-grown' untuk beraksi musim lalu (2017/18).

Rank | Pasukan / Kelab | Minit Permainan |
---|---|---|
1 | Arsenal | 7,933 |
2 | Man United | 6,858 |
3 | Everton | 6,322 |
4 | Tottenham | 5,136 |
5 | West Ham | 4,183 |
6 | Brighton | 3,946 |
7 | Crystal Palace | 3,036 |
8 | Leicester | 2,767 |
9 | Huddersfield | 2,667 |
10 | Southampton | 2,190 |
11 | Watford | 2,139 |
12 | Chelsea | 2,070 |
13 | Newcastle | 1.650 |
14 | Liverpool | 1,582 |
15 | Stoke | 577 |
16 | West Brom | 598 |
17 | Swansea | 288 |
18 | Man City | 152 |
19 | Bournemouth | 74 |
20 | Burnley | 2 |