Peminat teruja melihat Ozil memakai jam tangan Rolex 'Invincibles'

Pada Mei lalu, Ozil menjadi antara penyumbang terbesar pada acara kutipan dana yang dijalankan oleh Yayasan Arsenal dimana ianya berjaya mengumpul dana keseluruhan berjumlah £442,734.

Selain Ozil, pemain Arsenal yang lain bersama Arsene Wenger juga bergabung untuk menyumbangkan £100,000 lagi untuk projek-projek yang terdiri daripada program latihan di kem pelarian dan juga inisiatif tempatan di Utara London.

Ozil pada sesi lelongan telah berjaya membida jam tangan Rolex 'Invincibles' yang dibuat khas dengan kerjasama lagenda Arsenal, Thierry Henry dengan nilai £30,000.

Jam tangan Rolex 'Invincibles. Kredit foto: WatchPro
Jam tangan Rolex yang direka khas oleh bekas legenda Arsenal, Thierry Henry dengan kerjasama Titan Black, sebuah syarikat penguahsuaian khas (customiser) yang berpangkalan di London.

Jam tangan tersebut disumbangkan oleh Henry dikenali sebagai Edisi Invincible, dihasilkan oleh Titan Black dalam jumlah terhad sebanyak 49 utas/unit sahaja.

Dan Ozil dilihat memakai jam tersebut yang mencetuskan reaksi teruja penyokong Arsenal pada status instagram yang dimuat naik oleh Mohamed Elneny.

A post shared by Mohamed Elneny (@elnennym) on

Berikut adalah reaksi penyokong Arsenal membicarakan mengenai Ozil yang dilihat memakai jam tangan 'Invincibles' yang dibeli ketika acara amal Yayasan Arsenal, Mei lalu.
Jam tersebut direka berdasarkan reka bentuk The Arsenal Clock yang dikenali dengan The Clock End.

The Clock End. Kredit foto: Arsenal
The Clock End ini mempunyai sejarah yang cukup kuat bagi peminat dan penyokong Arsenal yang mana ianya dipasangkan di Stadium Highbury.

Apabila kelab berpindah ke Stadium Emirates, The Clock End ini turut berpindah dan kini berada di luar stadium dengan tepat menghala ke Jambatan Clock End sebagai peringatan simbolik masa Arsenal di Highbury.

Kedudukan The Clock End di Stadium Emirates.
 Jambatan Clock End
Kedudukan Clock End Bride

Post a Comment

Previous Post Next Post