Berita perpindahan melibatkan Arsenal: Kemas kini rumors perpindahan Caglar Soyuncu

Kemas kini rumors perindahan Caglar Soyuncu . Kredit foto UweSpeck via Bild

Pemain pertahanan kelab Jerman, SC Freiburg dan kebangsaan Turki, Caglar Soyuncu (22 tahun) merupakan antara pemain yang dikaitkan dengan perpindahan menyertai Arsenal semenjak penghujung musim lalu.



Beliau sebelum ini dikatakan menjadi sasaran Ketua Pengambilan (Head of Recruitment) Arsenal, Sven Mislintat bagi memperkukuhkan skuad bagi menghadapi musim 2018/19.


Malah laporan pada 16 Mei 2018 turut mendedahkan bahawa pemain pertahanan ini turut berada dalam senarai rancangan pemain yang dikatakan menjadi keutamaan Mislintat bagi jendela perpindahan musim panas 2018.


Dan pada 26 Jun, media Jerman - Bild melaporkan bahawa Freiburg bakal menerima kejutan pada jendela perpindahan musim panas 2018 dengan mengatakan pemain tersebut bakal menyertai Arsenal.


Namun dalam perkembangan terkini, Bild telah mendedahkan bahawa Pengarah Sukan (Sporting Director) Freiburg, Klemens Hartenbach mengatakan bahawa beliau dan kelab masih belum menerima sebarang pertanyaan (rundingan) daripada Arsenal mengenai prospek perpindahan Caglar Soyuncu.

Agen Soyuncu, Mustafa Dogru, sebelum ini mendedahkan (dalam beberapa bulan lalu) bahawa Ketua Pengambilan Arsenal, Sven Mislintat telah lama mengikuti perkembangan pemain pertahanan tersebut dan berminat untuk mendapatkannya.

Bagaimanapun, Hartenbach mengatakan bahawa Arsenal masih belum bertindak untuk mendapatkan pemain tersebut.

"Arsenal tidak pernah mendekati kami," kata Hartenbach kepada akhbar Jerman, Bild

"Kami menganggap bahawa Soyuncu kekal bermain dengan kami tahun depan."

Kenyataan Hartenbach itu menggambarkan bahawa pengendali Freiburg, Christian Streich tidak sanggup dan belum bersedia untuk kehilangan Soyuncu musim depan (2018/19).

"Kami merancang sepenuhnya mengenai kepentingan Soyuncu," kata Streich. 

"Dan selain daripada itu tiada apa yang dibincang, itu bukan apa yang kita akan hadapi!"

Komen Hartenbach dan Streich itu timbul selepas dakwaan dibuat pada awal musim panas ini yang mengatakan bahwa Soyuncu bakal menyertai Arsenal pada jendela perpindahan ini.

Sebelum ini juga, pada April lalu, pengurus pasukan AltinorduHuseyin Eroglu (via Futbolarena) telah mengeluarkan kenyataan dimana beliau yakin bahawa bekas pemain yang dihasilkan daripada akademi kelab itu bakal menyertai Liga Perdana Inggeris musim depan (2018/19).



Kontrak Caglar Soyuncu bersama SC Freiburg bakal berakhir pada Jun 2021 dan nilai pasaran semasa beliau ketika ini dianggarkan sekitar €18-20 juta.

Kedudukan Soyuncu dalam senarai pasaran semasa (tarikh 31 Julai 2018).

Post a Comment

Previous Post Next Post