Arsenal umumkan kerjasama dengan Acronis

Arsenal umumkan kerjasama dengan Acronis. Kredit foto: Arsenal.

Arsenal telah mengumumkan kerjasama dengan syarikat teknologi terkemuka, Acronis sebagai rakaniaga 'Official Data Backup' rasmi kelab.



Acronis International GmbHdikenali dengan nama Acronis merupakan sebuah syarikat teknologi global dengan Ibu Pejabat Korporat mereka terletak di Schaffhausen, Switzerland manakala Ibu Pejabat Antarabangsa pula terletak di Singapura.


Acronis membangunkan perisian premis dan perisian penyimpanan data dalam talian (cloud software for backup), pemulihan bencana (disaster recovery), dan secure file sync serta berkongsi dan akses data secara atas talian.

Syarikat ini mempunyai 18 pejabat di seluruh dunia dan pusat R&D, Acronis Labs yang berpusat di Amerika Syarikat dan Singapura.

Acronis mempunyai pusat pelayan maya (cloud storage ataupun virtual server) di peringkat antarabangsa, termasuk Amerika Syarikat, Perancis, Singapura, Jepun, dan Jerman.

Pengumuman mengenai kerjasama itu dibuat pada acara pelancaran khas di Singapura dimana Arsenal dalam siri jelajah pra musim bagi persiapan hadapan baru-baru ini.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh pihak Arsenal, kerjasama itu bakal menyaksikan Acronis akan bertindak melindungi data dan memastikan ianya selamat untuk kesemua data kelab, termasuk penyimpanan setiap sesi latihan bagi pasukan utama dan akademi yang direkodkan di pusat latihan di Colney.

Data itu dikatakan bersaiz lapan terabyte (8TB) setahun, bersamaan dengan 875 perlawanan.

Kerjasama itu akan berlangsung selama tiga tahun dan memberi hak kepada Acronis untuk mendapat slot pengiklanan yang akan memaparkan nama syarikat tersebut pada papan iklan elektonik (LED board/signage) di tepi padang untuk setiap perlawana yang berlangsung di Stadium Emirates termasuklah aksi Liga Perdana,Piala FA dan perlawanan Piala EFL - Carabao. 

Papan LED akan memaparkan nama Acronis pada setiap perlawanan yang berlangsung di Stadium Emirates.
Syarikat itu juga akan menikmati jenama mereka akan dipaparkan pada latar belakang (board) ketika temuduga terhadap pemain dijalankan selain mempunyai akses kepada pemain utama dan lagenda kelab untuk menyokong mereka dalam meningkatkan lagi jenama Acronis di peringkat global.


Selain itu juga, Acronis bakal menikmati perjumpaan rakanniaga Arsenal yang lain yang diadakan setiap tahun dengan sokongan eksekutif kanan Arsenal.

Laca, Auba dan Micki dengan jersi tertera nama Acronis. Kredit foto : Arsenal
Ianya bertujuan untuk membangunkan dan menjalinkan hubungan rapat dengan rakan-rakan berpotensi, pelanggan korporat, pembekal dan pelabur tempatan.

Post a Comment

Previous Post Next Post