Pendedahan mengenai sejauh mana Thomas Tuchel menggantikan Arsene Wenger di Arsenal

Pengurus Paris Saint-Germain (PSG), Thomas Tuchel menjelaskan bahawa beliau telah membuat keputusan untuk berpindah ke Paris sebelum khabar angin mengaitkan perpindahan beliau ke Arsenal sebagai calon pengganti Arsene Wenger.

Wenger menamatkan kariernya selama 22 tahun di Utara London pada penghujung musim lalu dan digantikan oleh Unai Emery, namun sebelum perlantikan itu, Tuchel merupakan salah seorang calon yang dikatakan bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan Wenger.

Bekas jurulatih Borussia Dortmund merupakan calon yang dikatakan berpotensi untuk mengendalikan Arsenal, bagaimanapun PSG bertindak pantas dengan melantik pengendali kelahiran Jerman itu sebelum Wenger mengumumkan keputusannya untuk meletak jawatan.

"Saya membuat keputusan sebelum Arsene Wenger membuat keputusan"

Pendedahan tersebut dibuat Tuchel sebelum pertembungan Paris Saint-Germain dengan Arsenal pada aksi Piala Juara-Juara Antarabangsa - International Champions Cup di Singapura Sabtu baru-baru ini.

Tuchel menjawab pertanyaan mengenai betapa hampirnya beliau untuk mengambil alih posisi yang ditinggalkan Wenger di Emirates.

"Sejujurnya saya membuat keputusan saya sebelum Arsene Wenger membuat keputusannya."

"Saya tidak pernah berhubung (dengan Arsenal) dan saya membuat keputusan untuk berpindah ke Paris sebelum Wenger mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan." jelas Tuchel.

"Saya tidak tahu sama ada saya pernah dimaksudkan untuk menjadi pengganti Wnger atau tidak. Saya tidak memikirkannya kerana tidak ada persoalan dalam situasi saya ketika itu. "

Beliau turut membicarakan mengenai tindakan Wenger selepas bersara dimana beliau percaya bahawa Wenger akhirnya akan kembali menjadi pengurus pasukan juga satu hari nanti.

Keyakinan itu diluahkan beliau apabila bercakap mengenai bagaimana Arsene Wenger membina Arsenal menjadi sebuah kelab yang terkenal kerana mengamalkan cara bermain bolasepak yang menarik.

"Dia akan terus melatih" jelas Tuchel lagi.

"Bukan hak saya untuk membicarakannya tetapi saya fikir ia mesti menjadi perasaan aneh untuk menguruskan pasukan tanpa mengenakan 'jersi' Arsenal kerana dia lebih daripada sekadar jurulatih."

"Dia adalah Arsenal, dia seorang lelaki, salah seorang jurulatih terbesar di dunia dan di mana saya rasa dia belum selesai."

"Saya mempunyai penghormatan terbesar untuknya, dia membina sebuah kelab yang terkenal dengan gaya bolasepaknya, dia seperti idola dan role model bagi setiap jurulatih, terutama untuk saya."

Post a Comment

Previous Post Next Post